Featured By: Salma Syahbuddin November 10, 2021 @ 4:07pm

Mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Sehingga RM2,000 & Jom Semak Syarat Kelayakan

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah inisiatif kerajaan dalam memulih kehidupan dan mata pencarian rakyat khususnya selepas COVID-19 melumpuhkan sistem pendapatan keluarga dan negara.

Justeru itu, inisiatif bantuan tunai langsung ini akan ditambah baik dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.

Berikut merupakan kadar bayaran dan syarat kelayakan pemohon.

Kategori & Kadar Bayaran

Terdapat beberapa kategori yang layak menerima bantuan BKM beserta kadar bantuan yang akan diterima;

1. Pendapatan Isi Rumah : Pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan

  • RM2,000 : Lebih 3 Anak
  • RM1,500 : 1- 2 Anak
  • RM1,000 : Tiada Anak

2. Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan

  • RM800 : Lebih 3 Anak
  • RM600 : 1- 2 Anak
  • RM400 : Tiada Anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:
  • RM300 : Warga Emas
  • RM500 : Ibu / Bapa Tunggal Dengan Tanggungan

3. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan : Pendapatan kurang daripada RM5,000
  • RM600

4. Bujang : Pendapatan kurang daripada RM2,500

  • RM350

Kriteria/ Syarat Kelayakan

Kepada semua pemohon, anda perlulah memenuhi kelayakan berdasarkan kategori berikut;

1. Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

3. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Permohonan baharu

Bagi pemohon yang tidak mempunyai rekod dalam pangkalan data sedia ada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) permohonan baharu perlu dibuat. Manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Data sedia ada penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM bagi verifikasi kelayakan.

Tarikh Kemaskini & Permohonan Baharu

Kemaskini maklumat / permohonan baharu BKM akan mula dibuka pada 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

Bagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran BKM masih belum diumumkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan BKM, anda bolehlah hubungi talian hotline BPR di 1-800-88-2747.

 

Sumber : MOF

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Jan 2024
Hiburan Wed, 16 Oct 2019
Hiburan Mon, 23 Oct 2023

Famili Duo 3: “Kalau Juri Teliti Lirik & Persembahan Kami Mungkin Mesej Sampai”- Dikritik Teruk Oleh Ajai, Mas Idayu… Adam & Ryan Bakery Tak Terasa Hati

Walaupun teruk dikritik juri tetap, yang penting Adam & Ryan Bakery tak putus harapan! Goodluck minggu depan tema Rock!

Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Featured Sat, 31 Dec 2022

Baju Koyak El Azman Dikecam! Netizen Datang Back Up, Siap Dedah Harga Sebenar – “Aku Google, Baju Tu RM4,000”

Usahawan terkenal, El Azman dikecam netizen kerana mengenakan baju ‘koyak rabak’ jenama Balenciaga. @elazman Replying to @Pokyie ♬ Ya Allah – Wali Menerusi video yang dikongsikan oleh El di TikTok, terdapat warganet yang cuba mempertahankan […]

Featured Thu, 19 Mar 2020

China berjaya kekang COVID-19, tiada kes domestik baharu

Perintah berkurung dillaksanakan berkesan!