Trending By: Syamir Shafie January 24, 2024 @ 2:56pm

Gadis Tingkatan 4 Dakwa Dirog*l Dalam Kereta, Disyaki Perbuatan Sarjan Polis

Seorang gadis berusia 16 tahun mendakwa dirinya diperkosa di dalam kereta sebanyak dua kali.

Akibat tidak sanggup merahsiakan perbuatan terkutuk itu, gadis malang tersebut akhirnya memberanikan diri untuk membongkar jenayah seksual tersebut kepada ibunya.

Rupa-rupanya, mangsa mendakwa perogol tersebut ialah pegawai rendah polis berpangkat sarjan.

Setelah laporan polis dibuat, pelaku tersebut berdepan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurut mangsa, kejadian berlaku di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasar raya di daerah Perak Tengah, pada September dan Oktober tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, polis sudah memanggil mangsa bersama ahli keluarganya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk dirakam keterangan masing-masing mengikut Seksyen 112 kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

“Identiti suspek dikenal pasti berdasarkan nombor telefon yang terpapar dalam telefon bimbit mangsa.

“Polis juga merampas dua telefon bimbit, masing-masing milik remaja berkenaan dan suspek,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, laporan terhadap kes berkenaan telah diterima pada 20 Januari.

“Pihak polis sedang menunggu serahan laporan kesihatan oleh pihak hospital.

“Hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati tiada kecederaan luaran pada mangsa,” katanya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Sep 2018

‘Kapal Hantu’ Muncul Secara Misteri Selepas 9 Tahun Hilang

Sebuah ‘kapal hantu’ dengan kibaran bendera Indonesia bersamanya secara misteri muncul kembali di Lautan Hindi selepas lebih 9 tahun menghilang di Lautan Pasifik. Polis Yangon mengesahkan pada hari Jumaat lalu bahawa kapal yang diberi nama […]

Trending Sat, 20 Feb 2021
Trending Thu, 1 Nov 2018
Featured Tue, 23 May 2023

Shaheizy Sam Belanja ‘Six Packs’ Dalam Filem Atas Tuntutan Kerja – “Isteri Terpegun, Dia Suka Effort Saya Bila…”

Sam belanja six packs mereciks! Memang terbaik lah Inspektor Khai dalam Polis Evo 3!

Trending Sun, 6 Dec 2020
Hiburan Fri, 9 Jun 2023

MonoloQue Selit Elemen Futuristik.. Batu Sumpah Sebagai Pemisah Dalam MV Lagu Cinta

‘Ketika waktu susah dan perih, cinta adalah penguat. Ketika waktu senang dan tenang, cinta adalah penyeri’ – Lagu Cinta, MonoloQue