Hiburan By: Padin March 17, 2024 @ 8:00pm

Ada Minta Boikot Kerana Aliff Aziz… Rizman Ruzaini Kekal Profesional, Cuba Elak Selebriti Kontroversi

Pereka fesyen ternama, Rizman Ruzaini tidak mahu mencampuri isu berkaitan peribadi membabitkan ‘muse’ (wajah ilham) mereka, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz untuk kempen Koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini 2024.

Menurut pengasas bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, mereka sebolehnya cuba mengelak terkena sebarang isu panas dengan menjalankan perniagaan seperti biasa.

“Selalunya, sebelum pemilihan artis menjadi muse, kami sudah tapis untuk elak isu berbangkit seperti cerita panas atau kontroversi. Sebenarnya Rizman Ruzaini dari dulu memang tak campur perkara berkaitan personal. Kami seboleh-boleh tak nak ada kontroversi apa-apa, kami sebagai ahli perniagaan hanya sekadar menjalankan kerja dan meniaga sahaja.

“Sejujurnya, ada sedikit komen buruk di Instagram di beberapa hantaran yang melibatkan Aliff. Tapi kalau nampak, team kami akan padam dan ‘block’ sebab itu rumah kita, kalau orang datang mencemarkan, kami akan melakukan perkara sedemikian.

“Kami tak terkesan sebab selebriti yang menjadi muse untuk koleksi ini ada 26 orang. Kedua, koleksi kami sangat besar, jadi tidaklah tercalit sangat pada kami. Aliff bukan wajah utama untuk kempen Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Rizman ditemui XTRA pada majlis berbuka puasa Rizman Ruzaini di Rumah Tangsi pada Sabtu.

Tambah Rizman, kerjasama dengan Aliff hanya untuk sesi fotografi sahaja, manakala isterinya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah mempunyai komitmen lebih besar bersama jenama mereka.

“Kerjasama dengan Aliff semasa sesi fotografi itu sahaja. Tapi, untuk Bella kita ada ‘meet and greet’ bersama pembeli di beberapa lokasi. Sejujurnya, kami percaya kontrovers secara tidak langsung akan memberi impak kepada imej sesebuah jenama. Kami memasarkan perniagaan, jadi tak boleh ada isu-isu panas.

“Kami pula tak percaya ungkapan yang mengatakan ‘kontroversi buruk adalah satu taktik pemasaran’. Saya percaya semuanya kerana hasil kerja dan kualiti yang ditonjolkan,” katanya.

Pada Februari lalu, Rizman Ruzaini mengumumkan seramai 26 artis terkenal tanah air termasuk Aliff menjadi ‘muse’ bagi Koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini 2024.

Bagaimanapun, rentetan isu khalwat membabitkan Aliff dan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu kota sejak minggu lalu, ada individu yang mahu memboikot jenama fesyen berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Sat, 6 Jul 2019
Trending Wed, 18 Mar 2020

[TERKINI] Covid-19 Kian Mengganas! Namun Gaji Pekerja Wajib Dibayar Walaupun…

Jadi, jangan panik gais! Semuanya untuk keselamatan kita bersama

Trending Sat, 26 May 2018

Letupan Disangka Mercun, lelaki VIP Ditembak!

Seorang saksi mendakwa melihat sebuah kereta jenis Honda Accord terbabas di pembahagi jalan berhampiran simpang tiga di situ selepas tembakan itu dilepaskan.

FESYEN Tue, 21 Mar 2023
Featured Tue, 21 Mar 2023
Trending Sat, 24 Nov 2018

Allahuakbar…Anak Yatim, Asnaf Hilang Tempat Tinggal Selepas Rumah Ini Dijilat Api

Seramai 13 penghuni yang berada di lokasi sudah menyelamatkan diri ketika pasukan bomba tiba dan api berjaya dikawal jam 1.46 tengah hari.