[VIDEO] Hampir Setahun Mendiamkan Diri, Peminat Kecewa Penghijrahan Ameera Khan Teruk Dikecam – “Menghukum Jangan Sampai…”

Masih tidak kelihatan aktif di laman sosial, namun ada yang melaporkan bahawa adik kepada selebriti Neeelofa, Ameera Khan kini tampil dengan imej baharu dengan mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat berbanding sebelum ini.

Susulan itu, menerusi akaun TikTok yang dicipta oleh peminatnya memuat naik sebuah video yang berbunyi seperti kesal dengan segelintir warganet yang sering menghukum dan menghina Ameera mengenai cara pakaiannya.

“Dulu dihina sebab tak tutup aurat.

“Sekarang dalam fasa memperbaiki diri pun masih lagi dihina,” tulis individu itu.

@littlemisskhan._ Menghukum jangan sampai menghina 😊 #lmk #ameerakhan #fyp #foryou #foryoupage #fypp #fypage ♬ original sound – I . S . A ✌🏼 – ALONGRORO 🧬

Manakala, individu tersebut meminta orang ramai untuk tidak menghukum Ameera sehingga melontarkan kata-kata hina.

“Menghukum jangan sampai menghina,”katanya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat Ameera untuk terus istiqamah dan memintanya untuk tidak melayan segala komen negatif warganet.

Terdahulu, Ameera Khan menerima kecaman teruk daripada warganet gara-gara memakai hijab secara on-off dan gaya pemakaiannya yang dianggap kurang sopan.Masih tidak kelihatan aktif di laman sosial, namun ada yang melaporkan bahawa adik kepada selebriti Neeelofa, Ameera Khan kini tampil dengan imej baharu dengan mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat berbanding sebelum ini.

Susulan itu, menerusi akaun TikTok yang dicipta oleh peminatnya memuat naik sebuah video yang berbunyi seperti kesal dengan segelintir warganet yang sering menghukum dan menghina Ameera mengenai cara pakaiannya.

“Dulu dihina sebab tak tutup aurat.

“Sekarang dalam fasa memperbaiki diri pun masih lagi dihina,” tulis individu itu.

Manakala, individu tersebut meminta orang ramai untuk tidak menghukum Ameera sehingga melontarkan kata-kata hina.

“Menghukum jangan sampai menghina,”katanya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat Ameera untuk terus istiqamah dan memintanya untuk tidak melayan segala komen negatif warganet.

Terdahulu, Ameera Khan menerima kecaman teruk daripada warganet gara-gara memakai hijab secara on-off dan gaya pemakaiannya yang dianggap kurang sopan.

Atiqah Johari