[VIDEO] Susulan Kes Berpakaian Wanita Di Tanah Suci, Sajat Akhirnya Buka Mulut? – “Kalau Saya Tipu…”

Usahawan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau lebih mesra disapa Sajat akhirnya membuka mulut berhubung isu berpakaian menyerupai wanita ketika berada di Tanah Suci, Makkah pada dua tahun lalu.

Menerusi sebuah video siaran langsung di TikTok, Sajat menjawab persoalan netizen yang bertanya mengenai kes dirinya menunaikan Umrah.

Dakwa Sajat, pihak imigresen meminta dirinya untuk memakai hijab sebaik saja tiba di sana.

“Masa dekat Makkah saya memang kena pakai macam tu, apa yang saya cakap ni semua jujur. Sumpah demi Allah kalau saya tipu matilah mak ayah saya.

“Saya sampai di imigresen, pihak mereka suruh saya pakai tudung, suruh saya solat pakai telekung,” jelasnya sambil mengangkat tangan tanda sumpah.

Demi menegaskan pendiriannya, Sajat berkata dia tidak akan berani bersumpah atas nama keluarga sekiranya perkara tersebut tidak benar.

“Takkan saya nak menipu. Haa, kalau saya dah sampai menyumpah ni bukan main-main. Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi, korang semua masih lagi nak cakap saya menipu,” katanya dalam nada berang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan penjelasan Sajat itu yang seakan telah membuka minda mereka berhubung kekeliruan isu usahawan ini memakai hijab di tanah suci.

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa pihak imigresen terpaksa memakai hijab dek kerana tidak mahu menimbulkan fitnah.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok meraih perhatian ramai sehingga 99,000 tontonan, lebih 3,000 tanda suka dan 125 komen.

Aqilah Paharuzi