Video Hari Terakhir Mila Di Makkah Buat Netizen Sebak

“ Hari ini hari terakhir di Makkah, perasaan sedih saya tak dapat masuk masjid hari ini. Saya uzur, Allahuakbar. Moga Allah jemput saya ke sini lagi,” demikian luah penyanyi Mila Jirin yang sedih apabila tidak dapat masuk ke Masjidil Haram pada hari terakhir di Makkah kerana didatangi haid.

Juara program realiti Akademi Fantasia 5 ini berada di tanah suci bersama suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha dan anak mereka Arif Zikri sejak Khamis lalu.

Tambah Mila, mutawifnya turut memberitahu peluang berada di tanah suci bukan disebabkan seseorang mempunyai duit tetapi atas izinNYA.

“ Saya tidak tahu sama ada diberi kesempatan lagi untuk ke sini lagi atau tidak, ia mungkin yang terakhir kita tak tahu. Ustaz ada beritahu saya, kita mampu datang ke sini bukan sebab kita banyak duit tapi sebab Allah jemput kita datang. Insya Allah semoga Allah jemput saya ke sini lagi,” katanya dengan linangan air mata.

Rata-rata pengikut di Instagramnya turut berasa sebak dan mendoakan agar Mila diberi kesempatan ke sana lagi selepas ini. 

SGMS Faida