[VIDEO] Harris Annuar & Asha Merican Bakal Timang Cahaya Mata Pertama – “Mohon Doa Yang Baik-Baik”

Pelakon dan pempengaruh, Harris Annuar memaklumkan isterinya, aktred Asha Merican sedang mengandung.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada Khamis telah meraih perhatian ramai pihak.

Berdasarkan video tersebut, Harris mencium dan memeluk isteri tercintanya selepas mendapat berita yang amat menggembirakan itu.

“Alhamdulillah atas rezeki yang tak terhingga ini. Doakan yang baik-baik,” tulisnya di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti dan rata-rata netizen mengucapkan tahniah serta mendoakan agar segalanya berjalan lancar buat pasangan sejoli ini.

Harris dan Asha disatukan pada 12 Jun 2022 dengan sekali lafaz setelah empat tahun merahsiakan hubungan percintaan mereka.

Aqilah Paharuzi