[VIDEO] “Hensemnya Laki Orang, Gagah!” – Silat Fattah Amin ‘Pukau’ Peminat

Pelakon versatil dan penyanyi, Fattah Amin meraih perhatian ramai selepas membuat aksi silat secara terbuka di depan 8,000 khayalak penonton konsert Faztival Fazura pada Ahad lalu.

Beberapa video memaparkan suami kepada aktres jelita, Nur Fazura itu tular di serata media sosial sedang bersilat mengiringi penyanyi lagenda, Datuk M Nasir mendendangkan lagu Mentera Semerah Padi.

Difahamkan aksi tersebut adalah satu kejutan kepada semua penonton yang hadir ke konsert tersebut yang bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Menyedari aksi tersebut mendapat respons sangat positif daripada peminat, Fattah mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada M Nasir kerana memberi peluang kepadanya untuk bersilat.

“Alhamdulillah terima kasih kepada Dato @mnasirmohamed yang memberi laluan untuk saya membuat persembahan silat dan kepada @akmalas yang sudi menjadi sparing partner saya,” tulisnya di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, ramai dalam kalangan netizen teruja melihat aktor Awang dalam filem Mat Kilau itu bersilat.

Rata-rata netizen berkata silat yang dipersembahkan Fattah itu sangat kemas dan cantik.

Aqilah Paharuzi