[VIDEO] Kontroversi Video L*cah, Adam Mika Bakal Berhenti Berlakon?

Bapa pelakon remaja Nik Adam Mika, Nik Mohd Adli mengakui kecewa ramai dalam kalangan netizen seakan tidak berpuas hati terhadap anaknya ekoran video beronani mirip pelakon itu tular baru-baru ini.

Menerusi temu bual bersama Melodi TV3 pada Ahad lalu, Adli berkata dia akan berbincang dengan pengurus anaknya untuk berhenti daripada dunia industri hiburan.

Mengulas lebih lanjut, Adli meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir netizen yang dianggap sengaja membuli mental serta memalukan anaknya apabila terpalit kontroversi video lucah.

“Satu Malaysia viral pasal anak saya melakukan perbuatan tak senonoh. Itu bukan anak saya!

“Kenapa nak membuli Adam? Saya dan family tak salah apa apa pun.

“Tolong jangan malukan Adam lagi. Masa kecik anak saya gembirakan semua dengan lakonan-lakonan dia, bila dia dah besar semua buli dia macam ni. Tak adil pada kami.

“Mungkin saya akan bincang dengan pengurus Adam untuk tarik diri anak saya daripada dunia lakonan. Bukan saya mengalah, tapi saya dah terlalu kecewa.

“Jangan lepas ni kata ‘Papa Adam takut peminat berhentikan Adam berlakon’, no!” tegasnya.

Disoal bagaimana dia yakin individu dalam video berkenaan bukan anaknya, Adli berkata terdapat banyak faktor antaranya dari segi fizikal dan kemaluan remaja berkenaan.

“Dalam video tu dia nampak kurus dan pendek, anak saya tinggi 159 sentimeter. Satu lagi, tengok kemaluan dia. Masa anak saya sunat, kesan khatan tu saya cuci.  Kemaluan video remaja tular tu dah sah sah bukan anak saya punya,” jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang pelakon remaja lelaki merakam dirinya membuat aksi tidak senonoh di dalam biliknya didakwa mirip aktor Adam Mika.

Artikel Berkaitan: Tular Video Mirip Pelakon Cilik Didakwa Beron*ni?

Sumber: Melodi TV3

Aqilah Paharuzi