[VIDEO] Remy Ishak ‘Pasrah’ Jadi Model Beg Isteri – “Kerja Baru Lepas Rehat Dari Berlakon…”

Penampilan pelakon terkenal, Remy Ishak yang berambut panjang didakwa seperti orang tak terurus mencuri perhatian netizen selepas video siaran langsung TikTok bersama isterinya, usahawan Ezza Yusof tular.

Namun begitu, menerusi siaran langsung tersebut, Ezza menjelaskan keadaan rambut suami tercintanya itu adalah kerana penggambaran sebuah filem.

“Abang Remy baru saja selesai penggambaran filem, sebab tu rambut dia panjang macam ni,” ujar Ezza.

Video tular berdurasi 19 minit itu memaparkan aktor Pujaan Hati Kanda itu menjadi model kepada isterinya yang sedang menjual beg wanita.

Apa yang menarik perhatian ialah ramai dalam kalangan netizen yang terhibur melihat raut wajah Remy yang seakan ‘terpaksa’ mengikut kehendak isteri tersayang untuk menjadi model.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen memuji Remy kerana memberi sokongan sepenuhnya terhadap isteri yang berusaha menjual produk keluarannya.

Memetik laporan Gempak, difahamkan aktor berkaliber itu sedang berehat dari dunia lakonan kerana merasakan dirinya sudah ‘hilang’.

“Buat masa sekarang saya berehat dari dunia lakonan. Dah lama sangat tak jadi diri sendiri. Saya pun dah jadi keliru, saya ini apa sebenanrya.

“Saya pun dah lupa hobi saya, lupa apa yang saya suka buat.. rasa hilang sebab pegang macam-macam watak. Jadi macam, diri sendiri hilang sebab jadi orang lain.

“Sekarang nak relax kejap, jadi diri sendiri, orang kata tempoh meditasi. Sebelum ini saya macam back to back (berlakon), jadi saya macam tak kenal diri sendiri pula,” kata Remy menjawab persoalan netizen dalam sesi Instagram Live tersebut.

Semasa artikel ini ditulis video tersebut telah meraih sebanyak 106,000 tontonan, 4,000 komen dan 105 tanda suka.

Aqilah Paharuzi