[VIDEO] Hilang Ketika Ambil Foto Famili Di Majlis Berinai Shuib & Watie, Rupa-Rupanya Matin Sakan Menari Di Belakang – “Dia Boleh Joget Pak Maon Pula…”

Tular sebuah video yang dikongsi oleh isteri kepada bintang veteran Raissuddin Hamzah, Siti Fatimah Suberi apabila mereka sekeluarga sedang mengambil gambar di sekitar majlis malam berinai pelawak Shuib dan Watie Hanifiah.

Menerusi video tersebut, ketika mereka sekeluarga mengambil gambar, kelibat anak ketiga Shuib iaitu Ariq Matin tidak kelihatan.

@watietqtizi adoi matin 🤣 #watiehanifiah #watiesyuib #syuibwatie #fyp #masukfyp ♬ original sound – Watiehanifiahh

“Ambil gambar dengan family tapi Matin tak ada. Cuba teka dia buat apa?” tulis Siti Fatimah atau lebih mesra disapa Makder di dalam video tersebut.

Selepas berteka-teki, di penghujung video tersebut, Makder menunjukkan aksi Matin yang sakan menari di hadapan pelamin bersama penari dan tetamu yang lain.

Gelagat Matin itu menggelikan hati kebanyakan tetamu yang hadir dan juga turut menghiburkan netizen di ruangan komen video tersebut.

“Weh Matin awat hang lawak sangat?

“Shuib kalahlah dengan Matin, dia sapu semua

“Dia boleh pergi joget Pak Maon pulak,” tulis netizen di ruangan komen.

Izzi Farhana