Rugi RM20,000, Kedai Nasi Ayam Shiha Zikir Ditutup Gara-Gara…

Penyanyi Shiha Zikir memaklumkan operasi perniagaan kedai nasi ayam miliknya terpaksa ditutup gara-gara dipecah masuk pencuri pada awal pagi Khamis.

Memetik laporan Kosmo, Shiha mendedahkan perniagaannya mengalami kerugian sebanyak RM20,000 selepas mesin wang dilarikan pencuri terbabit.

“Betul kedai saya yang terletak di Kampung Baru dipecah masuk pencuri pada awal pagi tadi. Berdasarkan rakaman CCTV, kejadian dilakukan oleh seorang individu lelaki yang memakai topi.

“Muka memang jelas. Jumlah kerugian sekitar RM20,000 apabila penjenayah itu melarikan sebuah mesin duit termasuk wang tunai,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kalam itu turut memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat laporan polis dan reda dengan apa yang berlaku.

“Laporan polis sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. Saya reda dengan apa yang berlaku kerana percaya pasti ada hikmah disebaliknya.

“InsyaAllah, esok kedai akan kembali beroperasi jika tiada apa-apa masalah,” kongsinya.

Untuk info, Shiha mula menceburi bidang makanan dan minuman (F&B) selepas melancarkan restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Wisma Infinitum, Kampung Bharu, Kuala Lumpur, Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Ada Tarikh Kahwin, Shiha Zikir Libatkan Diri Dalam Bidang Baharu

Sumber: Kosmo

Khairil Khusyairi