Hiburan By: Khairil Khusyairi June 15, 2023 @ 8:23pm

Rugi RM20,000, Kedai Nasi Ayam Shiha Zikir Ditutup Gara-Gara…

Penyanyi Shiha Zikir memaklumkan operasi perniagaan kedai nasi ayam miliknya terpaksa ditutup gara-gara dipecah masuk pencuri pada awal pagi Khamis.

Memetik laporan Kosmo, Shiha mendedahkan perniagaannya mengalami kerugian sebanyak RM20,000 selepas mesin wang dilarikan pencuri terbabit.

“Betul kedai saya yang terletak di Kampung Baru dipecah masuk pencuri pada awal pagi tadi. Berdasarkan rakaman CCTV, kejadian dilakukan oleh seorang individu lelaki yang memakai topi.

“Muka memang jelas. Jumlah kerugian sekitar RM20,000 apabila penjenayah itu melarikan sebuah mesin duit termasuk wang tunai,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kalam itu turut memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat laporan polis dan reda dengan apa yang berlaku.

“Laporan polis sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. Saya reda dengan apa yang berlaku kerana percaya pasti ada hikmah disebaliknya.

“InsyaAllah, esok kedai akan kembali beroperasi jika tiada apa-apa masalah,” kongsinya.

Untuk info, Shiha mula menceburi bidang makanan dan minuman (F&B) selepas melancarkan restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Wisma Infinitum, Kampung Bharu, Kuala Lumpur, Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Ada Tarikh Kahwin, Shiha Zikir Libatkan Diri Dalam Bidang Baharu

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 24 Aug 2023

Mangsa Kes R*gol Pendakwah Buka Mulut, Dakwa Kehilangan Anak Sebagai Kifarah? – “Sudah Di Syurga Anakmu Wahai Si Pelaku?”

Doaku tidak akan pernah putus setiap sepertiga malam agar kau sentiasa dalam kecelakaan sehingga kata maaf dari mulutmu terucap – Individu wanita yang dipercayai mangsa r*gol pendakwah bebas.

Hiburan Thu, 7 Apr 2022
Hiburan Tue, 26 Feb 2019
Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Featured Fri, 25 Nov 2022

Isu Adegan Cium Elizabeth Tan, Jay Iswazir Tampil Buka Mulut

Dah lama berdiam, akhirnya Jay buka mulut

Featured Thu, 8 Jun 2023
Replicated Draft Fri, 7 Apr 2023

Video tentang makna sebenar Hari Raya buat anak-anak yatim & golongan asnaf ni mesti buat korang sebak..

SATU Syawal adalah hari istimewa yang dinantikan umat Islam seluruh dunia bagi meraikan kemenangan dan bergembira setelah sebulan berpuasa.  Kemeriahan persiapan dan sambutan Aidilfitri termasuk membeli baju raya, bermain bunga api, rumah terbuka dan berkumpul […]

Featured Thu, 31 May 2018