[VIDEO] “Inai Tersepit Pintu” – Netizen Terhibur Neelofa Buat Trend ‘Abang Bomba Selamatkan Saya’

Pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa sekali lagi meraih perhatian netizen selepas memuat naik video menggunakan latar belakang ‘trending’ di aplikasi TikTok iaitu Abang Bomba Selamatkan Saya.

Video pendek berdurasi 17 saat itu memaparkan jari Neelofa yang ‘tersepit pintu’ lalu diselamatkan oleh ‘bomba’ pujaan hatinya, Haris Ismail atau lebih mesra disapa Pu Riz.

Umum sedia maklum Pu Riz dikenali sebagai seorang suami yang penyayang dan sering melayan karenah isterinya dengan penuh sabar.

Menerjah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan sejoli ini, terutamanya Pu Riz yang dikatakan seorang ‘masuk air’ apabila turut mengikuti trend peredaran masa kini.

 

Baru-baru ini, Neelofa memuat naik gambar perkembangan terkini putera sulungnya, Muhammad Bilal, tujuh bulan bersama Pu Riz mencuri perhatian rata-rata selebriti yang geram melihat peha gebu anaknya itu.

Neelofa,33, mendirikan rumah tangga dengan Pu Riz, 27 pada Mac 2020, hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 29 Januari 2022.

Sebelum ini, nama Neelofa menjadi perbualan netizen dek kontroversinya berkaitan pengeluaran inai NunHa yang mempunyai pelbagai isu bersama stokis.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Terima Kasih Jual Inai Murah..” – Netizen Dakwa Komen Nur Fazura Perli Seseorang, Che Ta Tampil Bersuara!

Artikel Berkaitan: Isu Mesra Wuduk & Warna Tersepit Pintu? Neelofa Tampil Beri Penjelasan – “Serbuk Asli Dah Ditapis Sebanyak 9 Kali..”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Back Up’ Neelofa Di TikTok, Izreen Azminda ‘Sekolahkan’ Netizen Kutuk Warna Inai – “Nama Dia Dah Gah Tak Perlu…”

Aqilah Paharuzi