[VIDEO] Individu Spontan Pegang Janggut UAI, Netizen Risau Terkena Sihir – “Takut Ada Niat Jahat.. Kuku, Rambut Bahaya”

Heboh di ruangan media sosial mengenai seorang individu secara spontan telah memegang janggut pendakwa selebriti terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) baru-baru ini.

Video berdurasi 25 saat itu memaparkan ramai pihak bersalaman dengan UAI dipercayai setelah selesai memberi ceramah.

Tinjauan di ruangan komen video tular itu telah mencetuskan amarah segelintir pihak yang bimbang sekiranya terpalit gangguan sihir.

Menurut mereka, sihir paling dekat yang boleh disampaikan adalah melalui bahagian kuku dan rambut seseorang.

“Kita takut kalau dia ada niat jahat. Kuku, bulu, rambut bahaya tau.. Boleh digunakan untuk sihir yang paling dekat untuk kena,” tulis seorang netizen.

Dalam pada itu, seorang pengawal peribadi yang berdiri di belakang UAI turut terkejut dengan tindakan selamba individu berkenaan yang dianggap tidak wajar untuk dilakukan.

Rata-rata netizen berkata perbuatan tersebut seakan tidak menghormati UAI sebagai pendakwah.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1.5 juta tontonan, 80,000 tanda suka dan 1,800 komen.

Aqilah Paharuzi