[VIDEO] “Kamu Nanya?” – Disoal Tempat Tinggal, Netizen Terhibur Dengan Respons Alyph

Penyanyi rap, Alyph dijemput sebagai tetamu undangan untuk sebuah rancangan temubual terkenal di Indonesia, Tonight Show.

Menerusi perkongsian di TikTok @netmediatama, pengacara rancangan tersebut iaitu Deddy Mahendra bertanyakan kepada Alyph tentang tempat tinggalnya di Singapura.

“Kamu tinggal di Orchard?,” tanya Deddy.

“Itu rahsia. Bukan di Orchard. Orchard cuma ada shopping mall. Saya tidak tinggal di shopping mall,” jawab Alyph.

Kemudian, Deddy meneruskan tekaannya sama ada Alyph tinggal di kawasan Geylang.

“Tidak. Wah tahu eh tempat-tempat yang bukan-bukan,” jawab Alyph spontan.

“Saya tak tahu. Saya nanya itu tempat apa kan saya tak tahu,” jelas pengacara tersebut.

“Kamu nanya?,” usik Alyph sambil ketawa kecil.

@netmediatama Kamu nanyea? #tonightshownet #tiktoktainment ♬ original sound – Netmediatama

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan berseloroh yang diberikan Alyph.

“Kelakar siot Alyph.

“Hahaha penat aku gelak tengok episode ni.

“Kelakar juga Alyph ni,” komen netizen.

Maya Basir