[VIDEO] “Kasi Labuh Yang, Jangan Singkat-Singkat!” – Kacau Bini Tengah Live, Netizen ‘Iri Hati’ Tengok Shukri Yahya Layan Tya Adnan

Pelakon popular, Shukri Yahya seringkali mencuri perhatian peminatnya apabila tampil menerusi video live di TikTok milik isterinya, Tya Adnan.

Bahkan, gelagatnya yang bersahaja membuatkan peminat dan pengikut Tya berasa senang tiap kali aktor itu tampil dan menyakat isterinya.

Terbaharu, menerusi perkongsian dilaman sosial tersebut, Shukri sekali lagi menyakat isterinya itu ketika sedang membuat tutorial tudung.

“Live gone wrong selepas Shukri masuk. Susah saya nak buat tutorial tudung,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

 

Dalam perkongsian video berlainan pula, aktor itu sempat memberi pesanan buat isterinya agar melabuhkan tudung yang dipakai sekaligus memuji warna hijab yang dipakai Tya.

“Ala cantiknya pakai color merah pula..Sayang tadi saya tengok awak pakai style lain, yang ni lain pula? Lilit-lilit.

“Tapi sayanggg, pakai labuh-labuh tau, jangan singkat-singkat. Tapi jangan lah labuh sangat sampai ke lutut pula,” selorohnya.

@tyaadnan33 tak pe laaa dia blushing kat bini sendiri 😂😂😂😂 #shukriyahaya #tyaadnan #shuktya ♬ bunyi asal – TYA ADNAN

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini yang disifatkan sangat bahagia selain ada yang jug ayang berasa cemburu melihat tindakan Shukri melayan isterinya dengan baik.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, perkongsian video masing-masing berdurasi 2 minit ini telahpun meraih lebih 1 juta tontonan.Pelakon popular, Shukri Yahya seringkali mencuri perhatian peminatnya apabila tampil menerusi video live di TikTok milik isterinya, Tya Adnan.

Bahkan, gelagatnya yang bersahaja membuatkan peminat dan pengikut Tya berasa senang tiap kali aktor itu tampil dan menyakat isterinya.

Terbaharu, menerusi perkongsian dilaman sosial tersebut, Shukri sekali lagi menyakat isterinya itu ketika sedang membuat tutorial tudung.

“Live gone wrong selepas Shukri masuk. Susah saya nak buat tutorial tudung,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

 

Dalam perkongsian video berlainan pula, aktor itu sempat memberi pesanan buat isterinya agar melabuhkan tudung yang dipakai sekaligus memuji warna hijab yang dipakai Tya.

“Ala cantiknya pakai color merah pula..Sayang tadi saya tengok awak pakai style lain, yang ni lain pula? Lilit-lilit.

“Tapi sayanggg, pakai labuh-labuh tau, jangan singkat-singkat. Tapi jangan lah labuh sangat sampai ke lutut pula,” selorohnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini yang disifatkan sangat bahagia selain ada yang jug ayang berasa cemburu melihat tindakan Shukri melayan isterinya dengan baik.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, perkongsian video masing-masing berdurasi 2 minit ini telahpun meraih lebih 1 juta tontonan.

Salma Syahbuddin