Categories: HiburanTrending

[VIDEO] Kembali Free Hair? Dah Tak Pakai Tudung? Ini Penjelasan Fathia Latiff

Pelakon kontroversi, Fathia Latiff atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 36, tampil dengan imej tidak bertudung sejak awal tahun 2024.

Ketika ditanya mengenai alasan untuk membuka hijab, aktres drama bersiri popular Ariana Rose ini memberikan jawapan ringkas.

“I find myself. Saya dah jumpa diri saya, itu sahaja yang boleh saya jawab,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Orang Dah Maki, Orang Dah Ludah… Kau Nak Diam Lagi?” – Selalu Bertegang Urat Dengan Warganet, Ini Alasan Fathia Latiff

Tambah Fathia, dia juga tidak mempedulikan segala kritikan atau kata-kata negatif warganet mengenai penampilan terbaharunya.

“I don’t give a damn. (Saya tak peduli),” ulasnya.

Terdahulu, Fathia mula mengenakan hijab sekitar tahun 2016 dan kemudian membuka tudung sekitar tahun 2019.

Namun begitu, pelakon drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa itu kembali mengenakan tudung ketika sambutan Ramadan tahun 2020.

Padin