Categories: Hiburan

Aksi Khai Bahar Dukung Bapa Sedang Sakit Undang Pelbagai Respons… Ada Yang Sebak, Ada Juga Yang Kagum – “Anak Soleh”

Penyanyi Khai Bahar tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat kegigihannya menjaga bapanya, Baharudin Backry yang sedang sakit.

Menerusi perkongsian di Instagram, Khai telah berkongsi momen ketika dia mendukung bapanya untuk dibawa turun ke bilik bawah.

“Nak test power angkat bapak , sebab lama tak gym kan , sekali power dh hilang daaaa. Selamat Berbuka Semua,” tulisnya di kapsyen.

Tersentuh melihat kegigihannya menjaga bapanya, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

“Anak soleh. Moga dipermudahkan.

“Semoga Allah mberkati hidup Khai sbab memuliakan kedua-dua ibu bapanya.

“Semoga selalu diberikan kesabaran, keihklasan, kebahagiaan untuk Khai merawat orang tua ya.

“Moga Ayah Khai diberi kesembuhan dalam lindungan Allah. Khai Anak soleh berbaktilah pada mereka sebaiknya sehingga ke nafas yg terakhir,” komen pengikutnya.

Fatin Nurain