[VIDEO] Kesal Sering Terima ‘Tempias’, Kakak Iman Troye Tak Gemar Ada Selebriti Dalam Keluarga Gara-Gara…

Kakak kepada penyanyi Iman Troye, Ain Fatiha rasa tidak seronok apabila mempunyai salah seorang ahli keluarga yang bergelar selebriti.

Luahan hati yang dikongsikan menerusi sebuah video di TikTok itu berkata, ramai pihak suka melemparkan tohmahan kepada adiknya itu seperti tiada empati.

“Ramai orang tanya, best ke jadi family artis? Tak. Tak best. Orang bebas bercakap, bebas kecam tanpa tidur sebantal pun. 90% orang cakap kat luar sana semua salah,” katanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Datuk Vida Zaman Muda” – Netizen Kata Wajah Iman Troye Mirip DSV

Artikel Berkaitan: Didakwa Lupa Diri Selepas Capai Populariti, Ini Respons Iman Troye – “Apa Yang Berlaku Disebabkan…”

Menerusi video sama, kakaknya turut mendedahkan antara salah satu sebab mengapa rezeki pelantun lagu Teman itu sentiasa melimpah ruah.

“Awak adalah emas @imantroye. Awak kesayangan semua orang. Ali dan Arman sayang awak sangat-sangat! Kenapa rezeki awak selalu murah sebab awak selalu utamakan keluarga.

“Bila kena kecam teruk, awak cakap jangan risau, awak okey. Semoga sentiasa kuat adikku, Iman Alyssa. Semoga sentiasa didalam pelukan Allah.

“Malam ni sayu sikit. Adik sayang kakak ni. Iman ni jiwa dia besar. Dia suka apa dia buat sekarang. Semoga sentiasa kuat ya acu @imantroye,” tambah kakaknya di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, peminat Iman tampil memberi sokongan kepada penyanyi kegemaran mereka dan ada juga yang meminta Iman untuk berhenti menjadi selebriti sekiranya tidak kuat untuk menerima kecaman.

Sebelum ini, penampilan Iman yang memakai baju berwarna hitam dipadankan dengan tali pinggang besar berwarna pink meraih perhatian serta dikritik segelintir netizen.

Aqilah Paharuzi