Dr. Amalina Tak Pakai Bengkung Lepas Bersalin – “Boleh Memudaratkan Kesihatan”

Umum sedia maklum, penjualan produk bengkung di negara Malaysia adalah salah satu bisnes yang banyak meraih sambutan ramai terutamanya dalam kalangan wanita.

Ekoran itu, pakar bedah Dr. Amalina Che Bakri disoal oleh pengikutnya menerusi pautan ‘Question and Answer’ di Instagram Story miliknya mengenai penggunaan bengkung selepas bersalin.

“Dr. ada pakai bengkung ke lepas bersalin? Orang tua cakap pakai bengkung boleh kempis perut lepas beranak,” soal salah seorang pengikutnya.

Tampil menjawab persoalan tersebut, Dr. Amalina yang baru sahaja selamat bersalin puteri sulungnya, Arabella Mia.

Dr. Amalina berkata dia tidak menggunakan bengkung kerana dipercayai hanya akan lebih memudaratkan kesihatan serta memberi pesanan kepada wanita diluar sana untuk tidak memakai terlalu lama.

“Saya tak guna bengkung. Ia tak wajib tetapi awak boleh memakainya jika mahu. Pembalut perut/pengikat perut digunakan untuk membantu menyokong perut dan belakang anda.

“Bengkung bukan alat penurunan berat badan. Buat para wanita tidak digalakkan untuk memakainya pada setiap hari dan untuk jangka masa yang lama atas sebab kesihatan yang boleh mengundang kemudaratan kerana terlalu ketat.

“Salah satu cara yang boleh membantu para ibu menurunkan berat badan kepada bentuk pra-kehamilan adalah dengan mengambil makanan penuh nutrisi serta mengikut pyramid diet seimbang dan lakukan senaman,” tulisnya.

Sebelum ini, Dr. Amalina yang berkahwin dengan pilihan hatinya di London bernama, Alexander Charles pada 31 Mac 2021 mendedahkan akan membesarkan anak tercintanya dengan kewarganegaraan British.

Artikel Berkaitan: “Saya Akan Besarkan Anak-Anak Kami Dengan…” – Dikritik Pilih Status Kerakyatan British Untuk Anak, Ini Respons Dr Amalina Bakri

Artikel Berkaitan: Anak Diberi Baju Kurung Jadi Modal Sindiran, Dr Amalina Pelik Sikap Segelintir Netizen – “Saya Doakan Supaya…”

Artikel Berkaitan: Dr Amalina Bakri Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Artikel Berkaitan: “Apa Punya Soalan Macam Ni” – Agama Suami Dipersoal, Ini Komen Balas Dr Amalina

Artikel Berkaitan: Tidak Berpantang Cara Orang Melayu, Dr Amalina Beri Tips Lepas Bersalin

Aqilah Paharuzi