Disoal Sama Ada Pernah Gaduh Selepas Berkahwin, Ayda Jebat Dedah Sikap Sebenar Nabil Mahir – “Dia Selalu Nak…”

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengakui tidak terlepas daripada ‘pergaduhan’ kecil dalam rumah tangganya bersama aktor, Nabil Mahir.

Namun begitu, Ayda menjelaskan mereka sering gaduh manja serta tidak membabitkan pertelingkahan yang besar.

“Kak Ayda pernah tak gaduh dengan Nabil after kahwin?” soal pengikutnya menerusi pautan ‘Question and Answer’.

Menerusi sebuah perkongsian, pelantun lagu Temberang ini berkata pergaduhan kecil yang dilaluinya adalah apabila Nabil sering mengeluarkan wang untuk berbelanja dan tidak beri peluang kepada isteri untuk membalas perkara sama.

“Selalu… gaduh bila time nak bayar. Berebut-rebut nak bayar. Dah asyik dia bayar, kita nak juga belanja kadang-kadang! Tapi memang takkan dapat la…. susah!

“Thanks love @nabilmahir and please la kasi la kadang kita nak belanja gak.. makan ke apa ke. Dia tak nak,” jawabnya beserta emoji kucing menangis dan ketawa di Instagram Story.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021, hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ana Nayla, setahun.

Aqilah Paharuzi