Media Prima Menang Besar di ASA 2022! Raih 16 Anugerah, Termasuk 2 Anugerah Utama Drama TV Terbaik & Juri Khas

Media Prima bolot dua anugerah utama menerusi Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) pada hujung minggu lalu.

Drama berjudul Pencipta Pegang Waktu diiktirafkan sebagai Drama TV Terbaik dan sekaligus membawa pulang trofi kemenangan, hadiah wang tunai serta Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM200,000.00.

Pengarah Pencipta Pegang Waktu iaitu Zainorhisyam Samudin, turut diumumkan sebagai pemenang untuk kategori Pengarah Drama TV Terbaik.

Kemenangan berganda buat Media Prima apabila Haji Ahmad Noor Sulaiman menerima Anugerah Juri Khas menerusi Halaqah Episod 7: Bencana, Muhasabahkah Kita? (TV3).

Kemenangan ini melayakkan beliau membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM8,000.

Menurut Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios:

“Kami di Media Prima amat bersyukur kerana telah meraih 16 anugerah menerusi Anugerah Seri Angkasa 2022! Dua anugerah utama iaitu Drama TV Terbaik dan Juri Khas. Kemenangan ini merupakan kemenangan bersama untuk seluruh warga Media Prima yang telah bertungkus-lumus menyediakan kandungan yang terbaik untuk dikongsi bersama masyarakat.

“Usaha mereka jelas membuahkan hasil apabila diiktiraf pada malam Anugerah Seri Angkasa ini. Kami akan sentiasa memberikan kandungan terbaik dan kreatif untuk semua penonton Malaysia!”

Berikut adalah 16 anugerah yang diraih oleh Rangkaian Televisyen Media Prima pada malam pertama ASA 2022 dengan 9 anugerah dan malam kedua meraih 7 anugerah:

Pemenang bagi setiap kategori Anugerah Seri Angkasa 2022 akan membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM5,000.

Anugerah Seri Angkasa 2022 turut memberi pengiktirafan Tokoh Seri Angkasa kepada Fauziah Nawi dinobatkan sebagai Tokoh Seri Angkasa yang menerima trofi serta hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000 dan sebuah kereta Expander.

 

Halimey Zamal