“Sebenarnya Ramai Dah DM Pasal Ni” – Caprice Bakal Hubungi Ning Baizura Gara-Gara…

Baru-baru ini, penyanyi rap, Caprice berkongsi sebuah tangkap layar perbualan yang dikirim oleh seorang individu di Instagram memintanya untuk mengulas isu mengenai penyanyi, Ning Baizura yang didakwa menyokong golongan songsang.

Menerusi hantaran tersebut, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34, menyatakan bahawa ramai yang telah menghubunginya mengenai isu ini.

“Wasalam guys… I’m so sorry been very busy, actually ramai dah direct message (DM) pasal ini. InsyaAllah I’ll try to reach @ningdalton and get some input,” ujar Caprice.

Menerusi kiriman individu itu, Ning dilihat berpendapat bahawa golongan terbabit perlu mempunyai wakil untuk menyuarakan tentang hak dan identiti gender dalam sebuah ruangan komen.

Menjengah ke ruangan profil Instagram Ning, didapati dia memuat naik beberapa hantaran mengenai golongan ‘pelangi’.

Meninjau di ruangan komen hantaran-hantaran Ning, dilihat ramai individu yang bersetuju dengan pandangannya.

Namun, tidak kurang juga ada segelintir yang mengecam tindakan Ning dan mendakwanya telah tersasar.

Atiqah Johari