[VIDEO] Kesal Tiba-Tiba Dimaki, Aktor Tambahan Dakwa Dihina Pelakon & Pengarah Wanita Popular?

Baru-baru ini, pelakon lelaki tambahan yang dikenali sebagai Vin meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa dirinya dan rakan-rakan ditengking serta dimarahi oleh seorang pelakon wanita popular yang juga merupakan seorang pengarah.

Memetik laporan BOOM!, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang bersantai bersama beberapa pelakon dan kru di bahagian balkoni rumah yang dijadikan set penggambaran untuk sebuah drama.

Tiba-tiba, pelakon wanita tersebut mula mengherdik semua orang yang berada di balkoni kerana terhidu bau rokok.

“Kau orang ni bodoh ke? Tak sekolah ke?,” katanya dengan nada marah.

Susulan itu, Vin menyifatkan pelakon wanita tersebut sebagai sombong dan tidak menghormati orang lain gara-gara tindakan melulunya itu.

Kata pelakon tambahan itu, pengarah muda itu telah merosakkan repputasi baik dirinya yang selama ini dilihat sebagai baik dan lemah lembut.

Bukan itu sahaja, Vin berasa kesal apabila aktres wanita tersebut pernah dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik sebanyak dua kali menerusi enam pencalonan, namun bersikap biadap apabila menghamburkan kata-kata makian dan hinaan kepada mereka.

Sumber: BOOM!

Atiqah Johari