[VIDEO] Kongsi Momen Nyanyi Bersama, Netizen Lega Shuib Dapat Isteri Ciri-Ciri Arwah Siti Sarah – “Suara Merdu, Manja, Kelakar…”

Impian pelawak dan penyampai radio Shuib seakan tercapai apabila dikurniakan seorang isteri yang manja, penyayang dan pandai menyanyi.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Shuib bersama isteri tercintanya, Watie Hanifiah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi nyanyian mereka di media sosial.

Video berdurasi 1 minit 13 saat itu memaparkan Shuib sedang bermain gitar dan Watie menyanyikan lagu Cinta Tak Harus Miliki nyanyian band Indonesia ST12 serta Sepi Sekuntum Mawar Merah milik Ratu Rock, Ella.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja mendengar alunan merdu suara Watie.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut bersetuju dengan pendapat bahawa Watie mempunyai ciri-ciri sama bersama Allahyarhamah Siti Sarah.

“Merdunya suara Watie, betullah sama ciri-ciri arwah.. kelakar, suka ketawa, pandai nyanyi, penghibur duka lara,” kata netizen.

“Shuib pernah cakap dia nak isteri yang pandai nyanyi macam arwah.. So dah dapat,” ujar netizen lain.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 60,000 tontonan, 2,000 tanda suka dan 90 komen.

Shuib dan Watie selamat mendirikan rumah tangga pada Jumaat lalu dalam satu majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam.

Sekadar info, hasil perkahwinan Shuib dan Allahyarhamah Sarah mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sebak! Matin Anak Shuib Buat Ramai Tersentuh Hati – “Saya Anak Mummy & Anak Ibu Sampai Syurga”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen Persoal Kapsyen Shuib ‘Pertama Kali’ Main Golf Bersama Watie, Tuan Badan Respons – “Tanggunglah Dosa-Dosa Fitnah Tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat Nikahi Watie, Shuib Tamatkan Zaman Duda Dengan Sekali Lafaz

Aqilah Paharuzi