“Tapi Hati-Hati, Bila Saya Dah Selesa…” – Dilabel Sombong & Berlagak, Ben Amir Pesan Hidup Kena Ada Pendirian!

Pelakon Ben Amir memberitahu pernah dilabel sombong hanya kerana sifat dirinya seorang yang pendiam atau ‘introvert’.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia menjawab persoalan melalui ‘Ask Me a Question’ daripada pengikutnya mengenai kehidupan sebagai selebriti sebagai seorang yang ‘introvert’.

“How does an introvert navigate through entertainment industry where being exposed is a norm?,” tanya pengikutnya.

Menurut Amir, dia menjalani kehidupannya dengan cara tersendiri tanpa memikirkan tentang pendapat orang lain.

“Excellent question! Being labeled sombong, diva, tak friendly, berlagak, pendiam and all just because I’m an introvert and I only talk when I want.

“I don’t want to fit in just be ‘cool’ or whatever. I do my own things without needing your approval,” ujarnya.

Namun, dia menyatakan jika seseorang sudah mengenalinya, pasti tidak percaya dengan label-label yang dilemparkan terhadapnya.

Malah, dia berpesan untuk mengutamakan diri sendiri dan lakukan perkara yang membuatkan diri sendiri gembira terlebih dahulu.

“But beware, once I’m comfortable with you, you’ll see some shit you won’t believe.

“The moral here is to have a pendirian about you and your life. Do what makes you happy. Tak payah dengar cakap orang or kisah about people’s opinion. Live your life baby,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ben turut tercalon dalam Top 5 kategori Aktor TV Popular bersama Meerqeen, Aedy Ashraf, Kamal Adli dan Redza Rosli.

Peminat boleh layari www.abpbh.com.my untuk mengundi dan meneliti senarai Top 5 atau finalis edisi ke-35.

Maya Basir