[VIDEO] Pecah Perut! Buat Trend ‘Ikhlas Ke Awak Nak Jaga Saya’, Bella Astillah, Aliff Aziz Buat Ramai Berdekah – “Rosak, Rasa Nak Tampar Je!”

Baru-baru ini, sebuah trend TikTok tular di media sosial memaparkan pasangan kekasih sedang menikmati kentang goreng sambil bertanya soalan tentang ‘Ikhlas Ke Awak Nak Jaga Saya’.

Trend tersebut dimulakan oleh pempengaruh TikTok Ammar Nazhan sehingga ramai yang mula membuat parodi terhadap trend tersebut.

Tidak ketinggalan, pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah turut melakukan trend sehingga telah meraih perhatian ramai yang terhibur melihat gelagat mereka.

Malah, ramai pengikutnya di Instagram melihat video tersebut sebanyak lebih tiga kali untuk memastikan sama ada pasangan suami isteri itu menggunakan suara mereka yang sebenar.

“Sorry sebab dah banyak susah jaga saya @bellaastillah,” tulis Aliff di kapsyen video.

Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan selebriti turut meluahkan rasa geram terhadap pasangan sejoli Aliff dan Bella yang dikatakan ‘masuk air’ gara-gara membuat trend tersebut.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 175,000 tontonan, 18,000 tanda suka dan lebih 600 komen.

Aqilah Paharuzi