[VIDEO] Kongsi Video Di IGS, Fezrul Khan Pelihara Anjing K9?

Pelakon Fezrul Khan Junaidi, 40, berkongsi sebuah video memegang haiwan peliharaan anjing dipercayai dalam kediamannya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, aktor telefilem Dania terbitan TV3 ini mencuri perhatian menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya semalam.

Menerusi video berdurasi 13 saat itu, Fezrul memanggil haiwan peliharaannya itu dengan nama panggilan Chibi serta difahamkan anjing itu adalah daripada jenis K9 yang merupakan anjing pengesan polis.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Fezrul sendiri berkenaan menjaga anjing sebagai haiwan peliharaan.

Memetik laporan Harian Metro, Fezrul Khan terdahulu pernah memaklumkan tidak terfikir untuk kembali berkahwin setelah enam tahun menduda.

Fezrul pernah mendirikan rumah tangga dengan Noorhafizah Zulkafli pada 5 Mei 2012 tetapi bercerai pada 19 Ogos 2015.

Mereka dikurniakan seorang anak, Farrel Khan, 9, yang kini di bawah jagaan bekas isterinya.

Aqilah Paharuzi