[VIDEO] Lama Menyepi Dari Dunia Seni, Harris Aliff Jadi Coach Trader Secara Percuma?

Sekian lama tidak aktif menyanyi dan berlakon, selebriti Harris Aliff dikhabarkan mula menceburi bidang pelaburan.

Suami kepada aktres jelita Intan Ladyana ini menerusi siaran langsung di TikTok rasminya semalam meraih tumpuan selepas membuat kelas ‘trader’ secara percuma kepada pengikutnya.

Sementara itu, bapa anak satu ini turut berkongsi hantaran di Instagram Story miliknya semalam yang mengajak pengikutnya untuk menyertai satu group Telegram trader.

“Harris is back! Lepas sekian lama belajar dan trade sebagai seorang silent trader, now Harris nak cuba untuk create opportunity untuk korang semua start belajar dengan Harris.

“Apa yang Harris nak buat kalini memang lain dari lain. NO VIP, NO MINIMUM DEPOSIT,” tulisnya dalam group telegram berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen video TikTok live tersebut, ada segelintir pihak yang mendakwa selebriti ini sengaja mahu menaikkan komisen sendiri dan bukan seorang trader sebenar.

Bagaimanapun, Harris dilihat mengabaikan komen berkenaan dan terus berkongsi ilmu trader kepada pengikutnya yang menonton siaran langsung itu.

Aqilah Paharuzi