Featured By: Aqilah Paharuzi August 16, 2023 @ 4:41pm

[VIDEO] Luah Kecewa, Anak Arwah Mejar Aziz Dakwa Filem Malbatt Bukan 90% Cerita Sebenar? – “Sepatutnya Ayah Saya, Tapi…”

Anak kepada anggota tentera Ketua Kompena A Malbatt Allahyarham Mejar Aziz Abd Latif terkilan dan mendakwa filem Malbatt Misi Bakara yang menceritakan tentang peristiwa bersejarah operasi khas pada malam 3 Oktober 1993 bukanlah 90 peratus tepat seperti dikatakan pengarah, Adrian Teh.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Fatini itu menceritakan saat awal Adrian bertemu bapanya untuk bertanya tentang pengalaman ketika berada di Mogadishu, Somalia.

“Lima tahun lalu bila Adrian Teh datang untuk interview arwah ayah untuk pertama kali, dia (Mejar Aziz) sangat teruja untuk berkongsi pengalaman.

“Semasa soft launching beberapa tahun lalu, kami diberitahu Mejar Adnan akan membawa watak ayah, Mejar Aziz.

“Kali terakhir ayah pergi pelancaran misi Malbatt pada 10 September 2022, ayah meninggal pada 12 September 2022. Masa tu Papa sempat tengok trailer saja, movie belum siap edit,” katanya.

Jelasnya, dia kecewa apabila pengalaman sebenar bapanya ketika menjalankan misi operasi khas Malbatt tersebut dilakonkan oleh watak tentera lain.

Menurutnya, nama bapanya Mejar Aziz hanya disebut dan dipertengahkan hanya sebanyak 20 peratus.

“Malam gala Misi Malbatt, saya duduk depan pelakon Bront Palarae yang memegang watak sebagai Mejar Adnan (nama lain bagi Mejar Aziz) dalam filem Malbatt.

“Pada malam tu dia (Bront) beritahu saya terpaksa tukar watak disaat akhir, Bront tak lagi membawa watak sebagai Mejar Aziz sebenar.

Malbatt

“Semasa saya dan ibu tonton filem Malbatt, saya dan ibu terus tersedar ‘ini scene papa’.

“Kebanyakannya scene dalam filem itu pengalaman arwah papa tetapi orang lain yang melakonkan scene tu, bukan Mejar Aziz.

“Papa tak berpeluang tengok filem ni. Kalau arwah masih ada dan tengok filem ni, apa perasaan dia? Mungkin ni lah hikmah Allah jemput dia sebelum filem keluar.

“Dalam 20 peratus saja penglibatan Mejar Aziz dalam filem ni. Biarlah Untold Story ni akan terus menjadi untold story,” dakwanya dalam video berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, Fatini membalas komen netizen yang berkata ini adalah perkara biasa dimana kisah sebenar hanya diinspirasikan.

Jawab Fatini, dia kesal apabila pengalaman bapanya menjadi ‘highlight’ tentera lain.

“Tak harap 100 peratus tepat. Selamatkan wartawan CNN di awal filem itu sepatutnya arwah ayah saya tapi pelakon lain yang lakonkan. Bila tanya cakap fiksyen.

“Jangan ambil pengalaman ayah saya utk highlight aktor lain. Ambil scene aktor itu sendiri,” tulisnya.

Malbatt

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA video tersebut telahpun dipadam.

Sehingga kini, tiada respons daripada pihak Adrian sendiri berhubung dakwaan tersebut.

Kredit: TikTok Fatini Aziz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 31 Jul 2019

‘Jalan-Jalan Makan Angin’ Brings Hokkaido to Malaysia’s Screens

A tri-party co-production between Hokkaido Cultural Broadcasting Corporation Ltd (UHB), Primeworks Studios and Kantana Japan brings Malaysian audience a 4-episodes series of ‘Jalan-Jalan Makan Angin’ (JJMA) in Hokkaido! JJMA is a travelogue programme where the […]

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

四叶草客串演出泰国爆笑爱情喜剧《限时好友》

马来西亚「查某」Joyce四叶草再次冲出马来西亚参与泰国电影拍摄!

Hiburan Sat, 30 Mar 2019

Fasha Sandha Sah Milik Aidil Aziz, Selamat Pengantin Baru!

Semoga kalian berbahagia sehingga hujung nyawa, Amin…

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

916本地星同唱庆马来西亚日!邓智彰亲自操刀爱国主题曲

《哈咯!马来西亚爱国音乐会》19个单位歌手轮番上阵,唱响916马来西亚日的夜空!

Trending Thu, 7 Jun 2018

Alami Depresi, Adik Ratu Belanda Bunuh Diri!

Mayat Ines Zorreguieta, 33, ditemui kira-kira jam 0300 GMT semalam di apartmennya di daerah Almagro, barat ibu negara Argentina.

Hiburan Tue, 9 Apr 2024
Events Mon, 30 Jan 2023

Song Joong Ki Umum Kahwin, Katy Louise Saunders Sah Hamil Anak Pertama

tetibe rasa sebak teringat drama DOTS🥲🥲🥲