Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 5, 2023 @ 6:18pm

Kongsi Detik Awal Perkenalan Pada 2015, Essam ‘Belanja’ Nyanyi Lagu Rap Untuk Mizz Nina… Gelagat Tan Sri Azman Pula Curi Perhatian!

Usahawan dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dan suami tercintanya, penyanyi rap, Essam Muhammad baru sahaja selesai menjalankan majlis bersanding di Kuala Lumpur.

Majlis yang berlangsung di Boathouse, Ampang pada Ahad lalu diadakan secara tertutup dan ‘intimate’ serta hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat.

Menerusi video tular di platform TikTok, Mizz Nina atau nama lengkapnya Shazrina Azman berkongsi momen detik awal perkenalannya bersama suami.

“Kali pertama kami bertemu adalah di satu festival pada tahun 2015.

“Saya ingat lagi dia datang kepada saya selepas saya baca puisi atas pentas, dia kata ‘Assalamualaikum, saya Essam, I liked what you said on stage,” dan saya balas terima kasih,

“Basically we have a short conversation and that was that,” ujarnya.

Sementara itu, suaminya juga mengucapkan rasa bersyukur apabila mereka akhirnya disatukan selepas lapan tahun berkenalan.

“8 years later we are married Alhamdulillah. Ever since then it is always been a respectful relationship between us,” ujar Essam.

@mizznina06

Kalau dah jodoh tak kemana🥰 #mizznina #mizzninakahwin #mizz #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryou #masukfyp #fypage #foryoupage

♬ original sound – mizznina06 – mizznina06

Essam Menyanyi Rap Untuk Isteri

Berdasarkan video tular lain, Essam yang merupakan penyanyi rap asal Amerika Syarikat (AS) itu menyanyikan lagu rap kepada isteri tercintanya itu.

Apa yang menarik perhatian adalah gelagat bapa Mizz Nina, iaitu Tan Sri Azman dilihat gembira menyaksikan momen itu sambil bertepuk tangan.

@shazrinaazman

HUSBAND🤍 #lovestory #fyp #husbandwife #syukuralhamdulillah #malaysiatiktok #mizzninawhatyouwaitingfor #indahpadawaktunya

♬ bunyi asal – MIZZ NINA✨ – MIZZ NINA✨

Pada 15 Jun lalu, Mizz Nina atau nama lengkapnya, Shazrina Azman, memaklumkan telah sah menjadi isteri kepada Essam dalam sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan sahabat rapat pada suku kedua tahun ini.

Untuk info, Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos tahun lalu. Mereka mengambil anak angkat yang diberi nama Musa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berseri Pakai Busana Serba Putih, Majlis Sanding Mizz Nina & Suami Di KL Penuh Intimate!

Artikel Berkaitan: Saling Melengkapi, Mizz Nina Sah Berkahwin Dengan Penyanyi Rap – “Kami Dedikasi Hidup Untuk Dakwah”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berebut Anak, Noh Salleh Dedah 6 Bulan Harungi Tempoh Sukar Selepas Cerai Dengan Mizz Nina

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 1 Mar 2025

Semakin Galak Tinggalkan Komen Di Instagram… Aliff Aziz Selamba Bagi Pickup Line Pada Ruhainies!

Lama mendiamkam diri, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sekali lagi mencuri perhatian.

Trending Mon, 12 Apr 2021
Featured Sun, 19 Dec 2021

“Ni Betul-Betul Penghibur Legenda” – Gelagat Zaiton Sameon Nyanyi Di Tengah Banjir Hiburkan Netizen

Sebuah video menampilkan penyanyi veteran, Zaiton Sameon yang sedang menyanyi di atas sebuah rakit ketika banjir tular di aplikasi TikTok. Video Zaiton menyanyikan lagu popularnya berjudul Kabut Serangkai Mawar ketika duduk di atas rakit buatan […]

Hiburan Sat, 18 Nov 2017

TIAP KALI NAK BUAT SOLO JE, SANGKUT – TAM SPIDER

“Saya nak ulang balik kejayaan dulu bukannya susah tapi sekarang saya faham ada ramai pendatang-pendatang baru dalam industri muzik jadi saya kena sokong mereka”.

Featured Sun, 16 May 2021

Hukum Tak Ambil Tahu Isu Palestin , Ini Jawapan Dari Ustaz Adnin

Seluruh dunia kini tertumpu kepada isu melibatkan Palestin dan Israel. Dengan tema solidariti untuk palestin dan #FreePalestin, seluruh dunia  berusaha untuk menegakkan keadilan buat rakyat Palestin yang diserang Israel serta memelihara kesucian Masjidil Al Aqsa […]

Featured Wed, 12 Oct 2022
Hiburan Sun, 15 Oct 2023

“B*doh Tak Ada Sivik!”- Nabila Huda Berang Sikap Individu VIP Buang Puntung Rokok Merata-Rata

Haa…kan Abil dah marah! Kalau tak reti nak buang elok-elok, takyah hisap rokok lah!

Events Tue, 10 Jul 2018

Watch Professional Lion Dancers Battle it Out in this Year’s Championship

There are more than 30 troupes from all over the world competing.

error: Content is protected !!