[VIDEO] “Macam P Ramlee & Cik Tipah, Klasik Sangat!” – Netizen Teruja Tonton Lakonan Fazura & Fattah Amin

Pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas tular sebuah video lakonan seperti zaman 70-an.

Video berdurasi 12:31 minit itu difahamkan bagi tujuan mempromosikan salah satu daripada koleksi tudung Fazura baru-baru ini.

Berjudul ‘Kenangan Kita’, lakonan Fazura dan Fattah membawa nostalgia zaman dahulu dengan memegang watak sebagai Allahyarham P Ramlee dan Cik Tipah seperti dalam filem Madu Tiga.

Ramai dalam kalangan netizen teruja melihat drama pendek pasangan sejoli ini serta kagum melihat aktres jelita Fazura yang seakan mempunyai suara seiras Cik Tipah.

Netizen turut memuji Fattah yang saling tidak tumpah seperti Allahyarham P Ramlee terutamanya dari segi tona suaranya.

Sementara itu, rata-rata netizen berkata rindu mereka terubat selepas lima tahun menanti pasangan ini untuk kembali berlakon dalam satu televisyen yang sama.

Aqilah Paharuzi