[VIDEO] “Millionaire Pun Belum Tentu Ada Peluang” – Amelia Henderson Tak Pandang Harta, Berang Golongan Wanita Dilakukan Seperti Objek

Pelakon jelita, Amelia Henderson mencuri perhatian ramai apabila reaksi spontannya membalas ‘usikan’ seorang pengguna TikTok yang menyatakan hasrat untuk melamarnya dianggap sangat win!

Baru-baru ini, aktres Kisah Cinta Kita itu memuat naik pautan video transition di akaun TikTok miliknya telah menarik hati lelaki berkenaan yang tampil berani meluahkan isi hatinya.

“Kalau saya millionaire (berstatus jutawan), saya dah masuk meminang dah ni,” tulis individu berkenaan di ruangan komen.

Namun begitu, apa yang paling menarik ialah apabila selebriti berdarah kacukan ini seakan mempunyai cara tersendiri untuk terus mematahkan gurauan lelaki itu.

Menurut Amelia, 27, berstatus jutawan belum tentu akan memenangi hatinya.

“Kalau millionaire sekali pun, tak semestinya ada peluang ya” jawab Amelia bersahaja.

Video yang berdurasi 16 saat itu memaparkan Amelia sekadar memakai jubah mandi (bathrobe) dan kemudian ditransisikan kepada gaun labuh yang mendedahkan sebahagian besar bahagian belakang badannya.

Susulan itu, interaksi Amelia bersama individu berkenaan dimuat naik di aplikasi media sosial Twitter oleh salah seorang pengikutnya yang meluahkan rasa teruja terhadap komen pelakon itu.

Amelia turut memberi respons terhadap ciapan tersebut dengan berkata, “Golongan wanita bukan objek untuk dijual,” tegasnya.

@ameliath

boogie wonderland 🕺🏻

♬ original sound – veggibeats

Terdahulu, hubungan percintaan Amelia bersama pelakon Aedy Ashraf, 29 didakwa telah menemui titik noktah selepas ciapan dimuat naik aktor itu seperti sudah patah hati.

Artikel Berkaitan: “Setengah Orang Hanya Ditakdirkan Sebagai Kenangan..” – Tulis Ciapan Patah Hati, Netizen Spekulasi Hubungan Aedy Ashraf & Amelia Henderson Putus

Artikel Berkaitan: “Penat Nak Berpura-Pura” – Amelia Henderson Beri Bayangan Hubungan Dengan Aedy Ashraf Berakhir, Netizen Mohon Lebih Profesional!

Aqilah Paharuzi