[VIDEO] Minta Segera Jumpa Pakar, Individu Berpendapat Caprice Hidap ‘HPD’ – “Dia Tak Sedar Sebenarnya…”

Nama Caprice kebelakangan ini sering menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet apabila dia bertindak mendedahkan pelbagai isu kontroversi yang berlaku di Malaysia.

Susulan itu, ada individu menerusi akaun TikToknya yang bernama @xscout84 tampil memberi pandangan peribadinya mengenai kelakuan Caprice yang dianggap menghidap gangguan personaliti.

Individu itu menjelaskan pendapatnya apabila meneliti kelakuan Caprice selepas mendapat banyak pertanyaan mengenai penyanyi rap tersebut menerusi sesi soal jawab di laman TikTok.

“Mungkin ramai yang tertanya-tanya macam saya… kenapa dengan tuan ini (Caprice),” kata individu itu.

Oleh itu, individu tersebut berpendapat bahawa sikap Caprice tersebut dapat diklasifikasikan sebagai Histrionic Personality Disorder (HPD) di mana seseorang itu cenderung untuk mendapatkan perhatian.

“Untuk kes yang ini, ada satu personality disorder yang kita boleh kaitkan dengan dia (Caprice) lah iaitu disebut sebagai Histrionic Personality Disorder.

“Sebenarnya benda ini masih dalam kajian ramai ahli-ahli psikologi tetapi sifat yang paling ketara dalam personality disorder ini adalah keinginan individu tersebut untuk berada dalam ‘center of attention’,” jelasnya.

Namun begitu, individu itu turut menjelaskan bahawa setiap orang mempunyai personaliti sebegitu namun sesiapa yang berlebihan perlu mendapatkan rawatan daripada pakar.

“Jadi, sebenarnya kita semua ada personaliti seperti itu tetapi kalau ia sudah menjadi terlalu berlebihan berkemungkinan kita perlu berjumpa dengan seseorang yang pakar dalam perkara ini dan minta nasihat.

“Kita risau sahaja yang kita ada personality disorder yang seperti itu.

“Pada saya satu-satunya penjelasan dalam konteks psikologi adalah Histrionic Personality Disorder,” katanya lagi.

Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat yang dilontarkannya.

Malah, ramai yang memintanya untuk berhati-hati sebelum Caprice bertindak memintanya untuk membuat permohonan maaf dan rahsianya pula dibongkar.

Atiqah Johari