[VIDEO] Pamer Aksi Mesra & Muat Naik Foto Intimate, Reza Rahadian & Prilly Latuconsina Jalin Hubungan Cinta?

Pelakon popular Indonesia, Reza Rahadian, 37,  didakwa sedang menjalin hubungan cinta bersama pelakon, pengacara dan penyanyi popular, Prilly Latuconsina, 27, selepas video mesra mereka tular di laman sosial, TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Reza dan Prilly kelihatan sedang bercuti bersama rakan-rakannya di sebuah bandar nelayan popular, Labuan Bajao yang terletak di hujung barat pulau besar Flores di wilayah Nusa Tenggara di sebelah timur Indonesia.

Dalam perkongsian di platform berkenaan, Reza dan Prilly tampil mengenakan pakaian berwarna sedondon, biru sementara aktor berkenaan juga dilihat meletakkan tangannya dibahu Prilly ketika merakamkan foto bersama-sama.

 

Tidak habis disitu, aktres filem popular sekitar tahun 2021 berjudul, Ku Kira Kau Rumah ini juga turut memuat naik hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan momen-momen manis mereka berdua ketika menghabiskan masa bersama.

“Hari kedua, saya sedang mencipta kehidupan impian saya,” tulisnya.

 

Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya menerusi ruangan komen.

Malah, rata-rata peminat kedua-dua pasangan pelakon ini berasa teruja sekaligus mendoakan agar Reza dan Prilly berjodoh.

“Ya Allah, Prilly… Ini betul-betul macam honeymoon anda berdua.

“Ini memang mencurigakan! Hanya ada Reza di dalam video Prilly. Happy for you! Semoga berjodoh.

“Konsep holiday sama seperti honeymoon!

“Patah hati. Tapi aku setuju kalau Reza sama Prilly,” komen netizen.

Bagaimanapun, terdapat segelintir peminat yang berasa kurang senang dengan penampilan Prilly yang kelihatan semakin seksi berbanding pada awal kemunculannya dahulu.

Sekadar info, hubungan Reza dan Prilly dilaporkan semakin rapat apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri My Lecturer, My Husband yang diterbitkan pada tahun 2020.Pelakon popular Indonesia, Reza Rahadian, 37,  didakwa sedang menjalin hubungan cinta bersama pelakon, pengacara dan penyanyi popular, Prilly Latuconsina, 27, selepas video mesra mereka tular di laman sosial, TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Reza dan Prilly kelihatan sedang bercuti bersama rakan-rakannya di sebuah bandar nelayan popular, Labuan Bajao yang terletak di hujung barat pulau besar Flores di wilayah Nusa Tenggara di sebelah timur Indonesia.

Dalam perkongsian di platform berkenaan, Reza dan Prilly tampil mengenakan pakaian berwarna sedondon, biru sementara aktor berkenaan juga dilihat meletakkan tangannya dibahu Prilly ketika merakamkan foto bersama-sama.

 

Tidak habis disitu, aktres filem popular sekitar tahun 2021 berjudul, Ku Kira Kau Rumah ini juga turut memuat naik hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan momen-momen manis mereka berdua ketika menghabiskan masa bersama.

“Hari kedua, saya sedang mencipta kehidupan impian saya,” tulisnya.

 

Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya menerusi ruangan komen.

Malah, rata-rata peminat kedua-dua pasangan pelakon ini berasa teruja sekaligus mendoakan agar Reza dan Prilly berjodoh.

“Ya Allah, Prilly… Ini betul-betul macam honeymoon anda berdua.

“Ini memang mencurigakan! Hanya ada Reza di dalam video Prilly. Happy for you! Semoga berjodoh.

“Konsep holiday sama seperti honeymoon!

“Patah hati. Tapi aku setuju kalau Reza sama Prilly,” komen netizen.

Bagaimanapun, terdapat segelintir peminat yang berasa kurang senang dengan penampilan Prilly yang kelihatan semakin seksi berbanding pada awal kemunculannya dahulu.

Sekadar info, hubungan Reza dan Prilly dilaporkan semakin rapat apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri My Lecturer, My Husband yang diterbitkan pada tahun 2020.

Salma Syahbuddin