Netizen Kecewa, ‘Serang’ Instagram Zahirah Macwilson Gara-Gara Muat Naik Foto Bersama Gal Gadot

Pelakon Zahirah Macwilson mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila tampil memuat naik hantaran foto bersama pelakon terkenal antarabangsa, Gal Gadot yang juga merupakan seorang warga Israel dan berdarah Yahudi.

Walaupun sekadar berkongsi foto tersebut di Instagram, netizen kelihatan berang dan bertindak menyerang ruangan komen aktres berkenaan.

“Bagaimana perasaan anda bila ada pembunuh, membunuh adik beradik anda dan semua orang berbangga dan bergambar dengan pembunuh itu? Tanya hati, tanya iman,” komen netizen.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, perkongsian tersebut juga turut mendapat pujian dalam kalangan selebriti tempatan termasuklah, Mira Filzah, Nora Danish dan Elvina Mohamad  apabila mereka memuji kecantikan Zahirah dan Gal Gadot yang dikatakan mempunyai raut wajah yang seiras.

Terdahulu, Zahirah hadir pada majlis pembukaan mercu tanda barangan kemas jenama popular antarabangsa, Tiffany & Co bertempat di New York pada 27 April lalu.

Selain Zahirah, Meerqeen juga turut menerima jemputan bagi acara berkenaan.

Salma Syahbuddin