Featured By: Salma Syahbuddin May 2, 2023 @ 10:38pm

[VIDEO] Pamer Aksi Mesra & Muat Naik Foto Intimate, Reza Rahadian & Prilly Latuconsina Jalin Hubungan Cinta?

Pelakon popular Indonesia, Reza Rahadian, 37,  didakwa sedang menjalin hubungan cinta bersama pelakon, pengacara dan penyanyi popular, Prilly Latuconsina, 27, selepas video mesra mereka tular di laman sosial, TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Reza dan Prilly kelihatan sedang bercuti bersama rakan-rakannya di sebuah bandar nelayan popular, Labuan Bajao yang terletak di hujung barat pulau besar Flores di wilayah Nusa Tenggara di sebelah timur Indonesia.

Dalam perkongsian di platform berkenaan, Reza dan Prilly tampil mengenakan pakaian berwarna sedondon, biru sementara aktor berkenaan juga dilihat meletakkan tangannya dibahu Prilly ketika merakamkan foto bersama-sama.

 

Tidak habis disitu, aktres filem popular sekitar tahun 2021 berjudul, Ku Kira Kau Rumah ini juga turut memuat naik hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan momen-momen manis mereka berdua ketika menghabiskan masa bersama.

“Hari kedua, saya sedang mencipta kehidupan impian saya,” tulisnya.

 

Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya menerusi ruangan komen.

Malah, rata-rata peminat kedua-dua pasangan pelakon ini berasa teruja sekaligus mendoakan agar Reza dan Prilly berjodoh.

“Ya Allah, Prilly… Ini betul-betul macam honeymoon anda berdua.

“Ini memang mencurigakan! Hanya ada Reza di dalam video Prilly. Happy for you! Semoga berjodoh.

“Konsep holiday sama seperti honeymoon!

“Patah hati. Tapi aku setuju kalau Reza sama Prilly,” komen netizen.

Bagaimanapun, terdapat segelintir peminat yang berasa kurang senang dengan penampilan Prilly yang kelihatan semakin seksi berbanding pada awal kemunculannya dahulu.

Sekadar info, hubungan Reza dan Prilly dilaporkan semakin rapat apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri My Lecturer, My Husband yang diterbitkan pada tahun 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

《玩转全家福》大马三日黄金档累积票房135万令吉

贺岁电影《玩转全家福》大马三日黄金档累积票房135万令吉!丁仕昀盼开续集,打造玩转系列。

Trending Fri, 29 Mar 2019

Takziah! Mayat Pelajar Malaysia Ditemui Di Hyde Park Selamat Dikebumi

Takziah kepada ahli keluarga Muhammad Hafiz Zainal

Trending Thu, 25 Jun 2020
Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Fri, 27 Apr 2018

Sakit Kepala? Urut Badan Anda Di 11 Bahagian Ini Untuk Merawatinya

Sakit kepala? Tak payah telan pil, tak payah gosok minyak, tak payah hentak kepala.

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

EXO’s Sehun Graces the Cover of New York Times!

What a great gift for Sehun on his birthday!

Featured Thu, 25 May 2023
Featured Wed, 17 May 2023

Shila Amzah Syukur Ubai Selamat Jalani Pembedahan Cyst – “Lepas Ketumbuhan Kat Otak, Sekarang Atas Mata Pula..”

Alhamdullillahh.. Syukur semua dipermudahkan. Nasib baik ada ayang sentiasa di sisi 🥰🤪

Hiburan Fri, 25 May 2018

Jangan Suka-Suka Guna Istilah Bufet Ramadan

Istilah atau perkataan lain yang turut dilarang digunakan ialah bufet berbuka puasa, makanan berbuka puasa, makanan bersahur, iftar dan seumpama yang membawa maksud sama.