[VIDEO] Patimah Ismail Titip Nota Khusus Buat Puteri Sarah – “Pahit Manis Silih Berganti, Sabar & Ikhlas Penguat Hati…”

Ibu mentua pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail menitipkan pesanan khusus buat menantu kesayangannya itu.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Patimah berkongsi sebuah video memaparkan mesej daripada akaun Instagram Kalam Hati 78.

Berdasarkan perkongsian itu, isteri kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam menulis kapsyen di yang menujukan mesej dalam video tersebut kepada Puteri Sarah.

“Khas untuk Puteri Sarah Liyana,” katanya.

Video pesanan tersebut menjelaskan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan seseorang adalah ketentuan Illahi.

“Kita hanya mampu berencana namun takdir Allah adalah segalanya. Inilah jalan kehidupan yang harus kita jalani.

“Walaupun pahit dan manis terus silih berganti. Jadikan sabar dan ikhlas sebagai penguat hati. Insya-Allah, kebahagiaan akan datang menanti,” tulisnya.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah telah mencapai kata sepakat untuk berpisah dan proses melafazkan cerai bakal dijadualkan berlangsung pada 18 April depan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berkat Doa Dari Insan Tersayang, Ibu Bapa..” – Syamsul Yusof Reda Melepaskan Puteri Sarah, Fokus Masa Depan Anak-Anak

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Bersyukur Syamsul Yusof Setuju Mahu Lafaz Cerai – “Kita Sudah Boleh Terus Move On, Tak Perlu Pening-Pening”

Aqilah Paharuzi