[VIDEO] “Pelbagai Dugaan Dilalui, Akhirnya Rapuh” – Sentuh Perasaan! Neelofa Menangis Ketika Perjanjian Dibaca Oleh…

Heboh di ruangan media sosial TikTok memaparkan selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa gagal menahan air mata ketika pertemuannya bersama ‘reseller’ inai Nun Ha.

Umum sedia maklum, sebelum ini terdapat pelbagai kontroversi melibatkan Neelofa dan keluaran produk inainya turut dihentam segelintir reseller yang tidak berpuas hati.

Menerusi video tular yang dimuat naik di akaun @partner.nunha, Neelofa, 33, sebak saat sekumpulan reseller membaca perjanjian ‘aku janji’ di hadapannya untuk terus memajukan perniagaan produk tersebut.

“Jarang sangat nampak seorang Neelofa yang sangat tabah menitiskan air mata. Niat dia hanyalah nak bantu ramai sebangsa segama cari rezeki..

“Sedangkan dia boleh saja jual secara retail. Bangkit lah reseller-reseller,” tulis akaun berkenaan di ruangan kapsyen.

Difahamkan, majlis beramah mesra bersama keluarga besar Nun Ha diadakan secara tertutup.

Video berdurasi 30 saat itu memperlihatkan Neelofa mengelap air mata sambil cuba ditenangkan oleh suami tercinta yang setia berada di sisinya, pendakwah bebas Haris Ismail atau Pu Riz.

Antara intipati yang disebutkan dalam pengakuan ‘aku janji’ itu adalah semua reseller memohon maaf dan berterima kasih kepada Neelofa atas kesabaran dan ketabahannya dalam berkongsi rezeki kepada individu lain.

“Kami minta maaf, terima kasih sebab sudi berkongsi rezeki. Terima kasih sebab dah berkorban macam-macam. Terima kasih sebab kuat sangat, sabar sangat, tabah sangat, dah buat macam-macam untuk kongsi rezeki berasma kami…”

Menerjah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen meluahkan perasaan sayu apabila melihat usahawan terkenal itu mengalirkan air mata.

Ada dalam kalangan mereka telah tiga tahun membuat bisnes bersama Neelofa, ini pertama kali mereka melihat selebriti yang selama ini tampak kuat akhirnya rapuh menangis.

Aqilah Paharuzi