“Hari-Hari Dia Buat Saya Panas Bont*t, Tapi…” – Isu Seksi, Azhar Sulaiman Akui ‘Penat’ Nasihatkan Anak Sendiri

Pelakon Azhar Sulaiman mengakui sudah penat untuk menasihatkan anaknya yang juga pempengaruh media sosial popular, Kasih Iris Leona.

Azhar, 51, berkata demikian dalam satu sesi perbualan yang kemudian dimuat naik menerusi terjemahan di ruangan kapsyen Instagram milik pelakon itu.

Menerusi perbualan bersama rakan pelakon, Aida Aris, Azhar memaklumkan yang dia kini sudah lali memberikan nasihat kepada anaknya itu selepas diminta untuk berbincang dan meminta Leona menjaga batas diri.

“Hari-hari dia buat saya panas bontot… Makin cakap makin menjadi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Seperti Kaza & Normah Damanhuri…” – Dikecam Tak Pandai Didik Anak, Azhar Sulaiman Hanya Mampu Titip Doa

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Azhar Sulaiman Jalin Hubungan Dengan Suami Orang? Kasih Iris Leona Dedah Tuduhan Kebas RM3,000 Sebulan & Digelar ‘Scammer’

Malah, menerusi perbualan itu juga, Aida turut memberikan idea supaya Azhar menggunakan teknik lakonannya untuk menangani anaknya itu namun, pelakon Abang 92 itu mengakui yang Leona akan mengenakannya semula.

“Aida kata cubalah ‘slow talk’ dengan dia. Suruh berlakonlah sedih sikit dan cakap sampai hati dia (Kasih) buat kat ‘daddy’ macam ini.

“Macam mana mahunya nanti dia cakap balik, sekarang kamu tengah berlakon dengan saya?” jelasnya.

Terdahulu, kehadiran Leona mendapat perhatian umum apabila seringkali tampil berpakaian seksi meskipun telah berkali-kali ditegur.

Namun, Azhar sebelum ini pernah meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan anak yang bijak seperti Leona.

“Syukur Alhamdulillah Mami ada anak seperti Kasih Iris Leona.

“Ya dia suka pakai seksi… Dah cakap jangan pakai seksi.. Ya tetap bergambar seksi..

“Setiap parents akan ada pelbagai jenis masalah dengan anak-anak mereka. You name it lah segala problem yang seorang anak boleh conteng arang kat parents dia.

“Pada Mami biarlah ‘begini dari begitu’. It could have been worst kalau nak renung balik zaman muda Mami dulu.

“Anak-anak kita adalah balasan kepada apa yang kita buat semasa kita bujang dulu,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Best Nak Saman & Makan Duit Orang Macam…” – Isu Anak Dituduh Kikis Duit Suami Orang, Ini Respons Azhar Sulaiman

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Kalau Atok Aku Punya Company Pun, Aku Kerja Dengan Dia…” – Anak Azhar Sulaiman Perjelas Isu Guna ‘Kabel’ Internship Di AirAsia

Salma Syahbuddin