Hiburan By: Izzi Farhana June 14, 2023 @ 1:37pm

[VIDEO] Peminat Kongsi Video Kumpulan Senario Tanpa Lan Pet Pet, Netizen Seloroh Lupakan Kisah Lama Tentang Restoran

Tular video menampilkan figura komedi terkenal, kumpulan Senario yang terdiri daripada Saiful Apek, Wahid, Azlee dan Yassin, baru-baru ini.

Video tersebut telah dikongsi oleh seorang peminat di laman sosial TikTok.

@saifulapek45 Masih rindukan kami x semua ?? #fyp #fypシ #foryou #xyzbca #esekeli #saifulapek #azleesenario #yassinsenariounion #wahidsenario #masukberanda ♬ Senario – Senario Out Of Context

Menerusi video tersebut, mereka berempat dilihat sedang menyusun kedudukan untuk bergambar di sebuah acara.

Namun, video tersebut kelihatan seperti tidak lengkap tanpa kehadiran salah seorang ahli kumpulan tersebut, Lan Pet Pet.

Ketiadaan Lan telah mengundang komen netizen yang berseloroh agar mereka tidak lagi bergaduh dan melupakan kisah lama.

Difahamkan komen tersebut merujuk kepada sebuah filem mereka, Lagi-Lagi Senario arahan Aziz M Osman.

“Lan Pet Pet tak ada ke? Janganlah gaduh-gaduh lagi. Benda dah lepas kan? Sama-sama dah meniaga restoran,” tulis netizen.

Netizen juga turut meluahkan rasa rindu untuk melihat mereka beraksi di kaca televisyen dan mengharapkan mereka akan membuat ‘comeback’ dalam masa terdekat.

“Masih segar dalam ingatan. Thankyou sudah menghiburkan kami

“Of course lah rindu! Saya doakan agar group ini sentiasa sihat selalu dengan ukhawah yang berkat

“Rindu sangat-sangat. Ya Allah dulu saya suka tengok cerita ramadhan tu yang pelakon perempuan tu kena baling batu oleh lan pet pet. Masa tu gadget tak canggih lagi,” tulis netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Jan 2023

Kongsi Momen Bahagia, Hana Ismail Teruja Hidangan Dipuji Enak Oleh Dai Syed

Pasangan suami isteri, Hana Ismail dan Dai Syed acap kali mencuri tumpuan netizen kerana sering berkongsi momen bahagia dalam berumah tangga. @hanaalmauzah_Thanks sayang puji saya masak sedap 🥰♬ Ayang (Live) – Nabila maharani feat NM […]

Drama Thu, 18 Aug 2022

“Kami Sangat Baik & Ada Chemistry Yang Kuat” – Anna Jobling Jawab Status Hubungan Cinta

Awww…. ramai nampanya yang ship eyh dengan diorang ni♡♡♡

Featured Wed, 8 Jun 2022

Bekas Diplomat & Anak Mengaku Tidak Bersalah Tanam 102 Pokok Ganja

Jika disabit kesalahan kedua-dua tertuduh akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan enam kali sebatan.

Trending Sat, 6 Jun 2020
Trending Thu, 19 Jul 2018