[VIDEO] Puteri Sarah Menangis Dikritik Gelaran Janda, Andi Arsyil Pujuk Beri Kata Semangat! – “Tolong Jangan Hina, Buli..”

Hubungan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana dan rakan niaga, aktor terkenal Indonesia Andi Arsyil sering mencuri perhatian di media sosial apabila mereka kerap membuat siaran langsung bersama.

Terbaru, tular sebuah video disunting oleh individu di TikTok memuat naik video Puteri Sarah tidak dapat mengawal perasaannya dan akhirnya menitiskan air mata disamping Andi.

Menerusi ruangan komen, ada segelintir pihak menjelaskan aktres drama rantaian Suri Hati ini menangis gara-gara dikritik oleh beberapa individu yang menggelarkannya seorang janda.

Sementara itu, Andi tampil mempertahankan serta memujuk Puteri Sarah agak memaafkan mereka yang menghinanya.

Jelas Andi, Puteri Sarah baru sahaja menjalani kehidupan yang rumit (penceraian) dan kini mahu mencari rezeki demi menyara anak-anak, Syaikhul dan Sumayyah.

“Maafkan kalau dia mempunyai salah, dia baru sahaja menjalani kehidupan yang sulit jadi dia sedang berusaha untuk bangkit saat ini.

“Tolong jangan dihina, dibuli.. Semua pun tak nak kalau dihina kan? Sarah berjuang untuk hidup, dirinya dan anak-anak.

“Kuatkan diri awak. Awak maafkan mereka.. Itu jadi pahala buat kamu, jangan nangis lagi. It’s okay, keep smiling.

“Terima kasih atas perhatian semua, kita bantu Sarah untuk jadi sukses,” ujarnya dalam video tersebut.

@_norainibasre_

Membalas kepada @iamal4 #binafshasweet #norainibasre #norainibasreshop #lumier #cleansingbalm #andiarsyil #puterisarahliyana

♬ bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 200,000 tontonan, 7,000 tanda suka dan lebih 500 komen.

Sebelum ini, Puteri Sarah tampil menjelaskan hubungannya bersama Andi Arsyil Rahman Putra hanya sebagai rakan kongsi dan kerap bertemu secara profesional untuk berbincang mengenai tawaran perniagaan di Malaysia termasuklah mahu meluaskan perniagaan produk kecantikan dan hijab yang diusahakan sehingga ke Singapura.

Artikel Berkaitan: “Kami Selesa Dengan Satu Sama Lain, Sebab Tu Kami Tak Sembunyikan Apa-Apa Kepada Umum” – Puteri Sarah 

Artikel Berkaitan: Dicop Terpaling Kerja Keras, ‘Mastura’ Siap Persoal Nafkah Yang Diterima Puteri Sarah – “Gilamu Makin Menyerlah Sis”

Artikel Berkaitan: Muat Naik Video Penghargaan, Patimah Ismail Anggap Puteri Sarah Isteri & Ibu Bertanggungjawab

Artikel Berkaitan: Ramai Minta Beri Pandangan Isu Suami Berkahwin Dua, Puteri Sarah Akui Bahagia Dengan Keputusan Sendiri – “Jangan Dengar Hasutan Orang Lain”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Semoga Lebih Bahagia & Sukses, Awak Single Mom Yang…” – Tunjuk Sikap Prihatin, Netizen Terharu Dengar Pesanan Andi Arsyil Pada Puteri Sarah

Aqilah Paharuzi