Kongsi Foto Tayang Peha, Netizen Tegur Penampilan Intan Najuwa

Pelakon Intan Najuwa menerima kritikan selepas berkongsi beberapa foto miliknya memakai gaun pendek berwarna putih baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Intan kelihatan sedang duduk sambil menyilangkan kakinya, namun apa yang mencuri perhatian adalah, gaun tersebut mendedahkan sebahagian daripada pehanya.

“On the road again,” tulisnya ringkas.

 

Kurang senang dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen tampil menegur tindakan pelakon itu.

Malah, ada yang menyifatkan status sebagai isteri bukanlah tiket untuknya tampil kelihatan seksi didepan khalayak.

Terdahulu, Intan pernah mengaku bahawa gelaran datin yang diterinanya selepas bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, tidak memerlukannya untuk tampil seperti ‘datin-datin’ sedia ada.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Terikut Style Datin-Datin, Intan Najuwa Jadi Diri Sendiri… Tetap Keluar Cari Duit! – “Suami Saya Sangat Supportive!”

Salma Syahbuddin