[VIDEO] Rakam Wanita Bergelek, Tindakan Shuk Sahar Undang Kecaman Netizen

Gara-gara merakam aksi seorang wanita sedang bergelek di balkoni, nama Shuk Sahar sekali lagi menjadi buah mulut warganet kerana didakwa tidak menjaga privasi wanita tersebut.

Terbaharu, Shuk Sahar telah memuat naik sebuah hantaran di platform TikTok yang memaparkan seorang wanita yang tidak dikenali sedang leka menari di balkoni sebuah kondominium.

Walaubagaimanapun, perkongsian video tersebut telah membuat warganet berasa kurang senang dengan tindakannya yang merakam dan memuat naik video tersebut di akaun TikTok miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen yang bersifat negatif dengan mengaitkan tentang isu keretakan rumahtangganya.

Malah, ada segelintir warganet mendakwa sikap Shuk Sahar tidak pernah berubah dan sedang mencari mangsa baharu.

Untuk info, video perkongsian tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan dan lebih 1000 komen di platform tersebut.Gara-gara merakam aksi seorang wanita sedang bergelek di balkoni, nama Shuk Sahar sekali lagi menjadi buah mulut warganet kerana didakwa tidak menjaga privasi wanita tersebut.

Terbaharu, Shuk Sahar telah memuat naik sebuah hantaran di platform TikTok yang memaparkan seorang wanita yang tidak dikenali sedang leka menari di balkoni sebuah kondominium.

Walaubagaimanapun, perkongsian video tersebut telah membuat warganet berasa kurang senang dengan tindakannya yang merakam dan memuat naik video tersebut di akaun TikTok miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen yang bersifat negatif dengan mengaitkan tentang isu keretakan rumahtangganya.

Malah, ada segelintir warganet mendakwa sikap Shuk Sahar tidak pernah berubah dan sedang mencari mangsa baharu.

Untuk info, video perkongsian tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan dan lebih 1000 komen di platform tersebut.

Atiqah Johari