[VIDEO] Sajat Dedah Sebab Tak Boleh Balik Malaysia – “Selagi Belum Dapat Pengampunan Dari…”

Usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman baru-baru ini menyentuh hati ramai apabila mendedahkan salah satu sebab yang menghalang dirinya pulang ke tanah air.

Sajat yang kini berada di Sydney, Australia sejak kes berhubung memakai pakaian wanita ketika berada di tanah suci kota Makkah, kes pecah amanah dan pelbagai kes lain sehingga tidak dibenarkan pulang mahupun berjumpa dengan anak-anak angkatnya.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Sajat berkata dia hanya boleh kembali ke Malaysia sekiranya mendapat pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong/Sultan.

“Sajat dah tak boleh balik. Saya duduk je la dekat sini (Australia). Korang yang mana dah pernah jumpa Sajat dekat expo, itulah last pertemuan kita.

“Sajat minta maaf sangat, kita tak dapat jumpa dah. Melainkan Sajat dapat pengampunan daripada Sultan, yes Sajat boleh balik.

“Selagi tak dapat pengampunan, Sajat takkan balik,” jelasnya menerusi video siaran langsung yang dikongsikan oleh pengguna TikTok.

Meskipun nada suaranya berubah sebak, namun Sajat pandai mencuit hati ramai apabila membuat gelagat seperti turun dari dunia ‘khayalan’ sekiranya mendapat permohonan maaf.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen tidak kering gusi dan bertukar mood daripada sedih menjadi terhibur melihat usahawan sensasi ini.

“Masalahnya sekarang ni baru nak sedih tiba-tiba part ‘betaa’ ha sudah berdekah gelak,” kata seorang netizen.

Aqilah Paharuzi