[VIDEO] “Saya Selalu Tolong Mama Cook & Basuh Pinggan” – Kongsi Momen Anak Membantu Di Dapur, Puteri Sarah Terharu Anak Bersikap Matang Dari Usia

Pelakon, Puteri Sarah telah membuat sebuah perkongsian video di akaun Instagramnya yang memperlihatkan anak sulungnya, Syaikhul Islam sedang membantunya di dapur.

Menerusi video tersebut, Syaikhul dilihat sedang membasuh pinggan di sinki dan dia menyatakan dia hendak menjadi rajin kerana menyayangi ibunya, Puteri Sarah.

“So saya nak jadi rajin… sebab saya selalu tolong mama saya cook dan basuh pinggan hari-hari, sebab saya sayang mama saya,” kata Syaikhul.

Di ruangan kapsyen video itu, Puteri Sarah berkongsi tentang sikap anak lelakinya itu dengan menyifatkan Syaikhul sebagai seorang anak yang baik, soleh dan ringan tulang untuk membantunya.

Bukan itu sahaja, Syaikhul dikatakan matang walaupun baru berusia lima tahun dan seorang abang yang sangat menyayangi adiknya, Summayah.

“Good morning from Syaikhul Islam anak yang baik, anak yang soleh. Keep being you. Anak yang rajin tolong mama dan hormat orang tua. Baru 5 tahun tapi matang dan sayang serta protect adik,” ujar Sarah.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata rakan artis dan juga pengikut Sarah memuji sikap Syaikhul serta ramai yang mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu.

       

Lagi, pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof turut berkongsi video anak lelakinya itu di akaun Instagram miliknya dengan meletakkan kapsyen yang menunjukkan perbualan antaranya mengenai agama Islam.

Atiqah Johari