Risau Keadaan Di Penjara, Anak Najib Razak Sebak Teringat Bapa Gemar Minum Caramel Macchiato – “Bossku Mesti Rindu…”

Umum sedia maklum, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dihadapkan ke penjara selama 12 tahun selepas didapati bersalah dalam tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Terbaharu, anak perempuannya, Nooryana Najwa meluahkan perasaan sayu ketika hendak membeli barangan rumah dek kerana teringat akan bapa kesayangannya menerusi hantaran di Instagram Story.

“Just had to do some grocery shopping tadi.. Couldn’t even make myself buy our usual things sebab rasa guilty sangat. Selalu teringat Bossku kat penjara sana makan apa?,” tulisnya.

Menerusi hantaran yang sama, Yana turut mendedahkan bapanya yang digelar ‘Bossku’ itu seorang penggemar makanan.

Dalam pada itu, Najib yang berusia 69 tahun itu turut dikatakan penggemar minuman kopi Caramel Macchiato di Starbucks.

“Couldn’t even make myself order Starbucks today sebab Yana tau Bossku mesti rindu his caramel macchiato,” luahnya.

Ujar Yana lagi, dia berharap agar suatu hari nanti dia dapat membelikan makanan buat bapanya tercinta suatu ketika nanti apabila keadaan kembali seperti sedia kala.

“Kalau sesiapa yang kenal Bossku, you guys know he is a big FOODIE. And as a daughter, I truly miss buying food and feeding him. I pray I can experience this once again,” tulisnya.

Untuk rekod, Najib turut didenda RM210 juta selain dipenjara 12 tahun.

Artikel Berkaitan:  Najib Razak Tinggalkan Nota Terakhir Buat Keluarga – “Ia Satu Perjalanan Yang Sedih Sekali”

Aqilah Paharuzi