[VIDEO] “Saya Terkejut, Kenapa Kena Tipu?” – Desperate Nak Happy, Anak Bantah Azri Iskandar Kahwin Lagi…Mohon Azra Buat Keputusan Tepat Sebelum Nikahi Bapa

Selepas kemunculan individu yang menggelar dirinya sebagai ‘F’ mendakwa menerima lamaran kahwin daripada pelakon, Azri Iskandar pada Jumaat, kini anak beliau pula tampil memberi kenyataan berhubung kemelut yang menimpa bapanya itu.

Menurut Azrell Omar Iskandar, 18, beliau juga terkejut dengan kenyataan yang diberikan individu terbabit kerana, isu balik kampung itu diketahui beliau namun, tidak menyangka yang bapanya tidak pulang berseorangan malah bersama wanita tersebut.

“Saya terkejut sebab masa ayah balik kampung hari tu dia kata dia balik seorang sahaja, tiba-tiba keluar berita kata mereka balik berdua.

“Pertama sekali, kenapa kena tipu?Kedua perkara ni berlaku secara tiba-tiba. Walaupun saya faham tapi saya kecewa dengan tindakan ayah saya,” katanya.

Memetik laporan Mstar, Azrell mengakui terkilan dengan tindakan bapanya itu yang seakan-akan tidak menghormati tempoh iddah ibunya kerana berani mengambil keputusan untuk berkahwin baharu.

Oleh itu, dia dan adik beradik yang lain tidak bersetuju jika Azri Iskandar berkahwin lain malah berpendapat adalah lebih baik jika bapanya itu fokus terhadap karier seni dan dirinya sahaja.

“Saya faham kadang tindakannya itu diluar sedar. Sedih juga bila tengok ayah saya…Kadang dia maacam desperate nak happy dalam umur-umur dia menuju ke 60 ni.,” jelasnya.

Sementara itu, Azrell juga sempat meninggalkan pesan kepada kekasih hati baru Azri Iskandar iaitu Dr Azra Diera supaya mempertimbangkan semula keputusannya untuk berkahwin dengan bapanya dalam masa terdekat.

 

 

Sumber:Mstar

Salma Syahbuddin