[VIDEO] Sempena Syawal, Hafiz Mahamad Beri Bonus & Baju Raya… Ada Yang Dapat Kereta! – “Indahnya Hidup Kalau Semua Bos Macam Ni”

Sempena sambutan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, pempengaruh dan usahawan popular, Hafiz Mahamad mengambil kesempatan untuk menyantuni pekerja dengan menghadiahkan mereka bonus, baju Raya dan kejutan lain.

Hafiz berkongsi video memberikan kejutan itu di laman instagram miliknya.

Namun, antara kejutan yang diberikan, salah satu kejutan menarik perhatian netizen apabila Hafiz menghadiahkan sebuah kereta kepada pengurus syarikatnya yang sudah berkhidmat selama tujuh tahun.

“Dalam lori tu, ada Hadiah Raya untuk staff. Hehe boleh dia pakai waktu Raya ni. Syukur, saya masih pegang nasihat abah. Tugas kamu adalah untuk menghargai mereka. Jangan lupa itu adalah tugas sebenar.

“Setiap sakit yang mereka lalui, saya mendengar dan hafal. Bukan sebab baik, ini sahaja cara paling mahal untuk menghargai. Alhamdulilah, semoga Allah jaga mereka.Ini rezeki mereka. Mereka ni baik, hebat sangat & ramai bantu orang,” tulis Hafiz di ruangan kapsyen.

Memetik artikel mStar, Hafiz menghadiahkan kereta tersebut kerana staf itu sudah lama berkhidmat di syarikat miliknya.

“Dia pernah lepak dengan kawan-kawan lama. Ingatkan bolehlah lepaskan rindu tapi perbualan lebih kepada merendahkan dirinya kenapa kerja di syarikat kecil, pakai kereta apa.

“Jadi, saya hendak buktikan tanpa dia beli pun, syarikat boleh hargai dia dengan hadiahkan sebuah kereta. Alang-alang saya beri kereta raya boleh sambut bersama isteri dan anak-anak… model Kia Carnival berharga lebih RM200,000,” kata Hafiz lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sifat kepimpinan dan pemurah yang ada dalam diri Hafiz.

“Company kecil lah bos appreciate staf dari company yang besar. Tapi besar pada nama je. Kalau semua bos begini indahnya hidup.

“No founder can ever appreciate all the hardwork, sweat and tears of their team like they do. Thankyou @hafizmahamad & @syafiqahaina for being such a good example to all. Semoga dimurahkan rezeki selalu.

“Semoga bos-bos kat Malaysia ini ikut cara abang macam mana nak menghargai pekerja. Tahniah abang. Semoga berjaya di dunia dan akhirat,” komen netizen.

Sumber: Instagram Hafiz, mStar

Izzi Farhana